CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratu Cantik Pilih Jadi Petani

16-7-2023 05:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1418| Komen: 11

Hanoi: Bekas ratu cantik yang memenangi beberapa pertandingan seperti Miss Vietnam 2008, Miss Vietnam World 2010 dan Queen of Beauty World 2019 di Korea kini memilih hidup bersederhana bersama enam anaknya di kampung, sebagai petani.


Di Vietnam, nama Oanh Yen dikenali sebagai pemenang pelbagai pertandingan kecantikan berprestij. Penampilannya kini sangat berubah dibandingkan ketika menjalani kehidupan glamor dalam dunia peragaan.

BEKAS ratu cantik, Oanh Yen kini menjadi petani di Vietnam. FOTO Agensi

Portal Grid.ID melaporkan, baru-baru ini, tular foto figura itu yang sedang mencangkul tanah di kebun.

Mungkin tiada siapa pun pernah menyangka wanita yang sedang mencangkul itu adalah bekas ratu cantik. Memilih tinggal di kampung, gaya ringkas bekas ratu cantik itu segera menjadi perhatian.


Walaupun memegang gelaran ratu cantik antarabangsa, Oanh Yen jarang bercakap mengenai kehidupan peribadinya. Malah, ramai yang terkejut apabila mendapat tahu wanita awet muda itu sudah mempunyai enam orang anak.

Walaupun sudah enam kali mengandung dan bersalin, Oanh Yen masih mengekalkan bentuk badannya. Potret keluarganya juga begitu harmoni dengan anak-anak yang cantik dan kacak.

Sudah lama tidak didengari, Oahn Yen kini semakin menjauh dari pentas dunia hiburan. Dia menghabiskan masa bercucuk tanam selain menjaga anak-anaknya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 16-7-2023 06:52 PM
Seksi acik ni masa dalam dunia glemer. Tayang kopek ja manjang.
Quote Tinot7 16-7-2023 06:58 PM
Takde gambaq dia masa jadi ratu cantek ka? Gambaq anak2 dia?
Quote TOPwind 16-7-2023 07:01 PM
dua_chzy replied at 16-7-2023 06:52 PM
Seksi acik ni masa dalam dunia glemer. Tayang kopek ja manjang.

ialah sbb dia ada


Quote elzy 17-7-2023 08:38 AM
Mungkin dia dah tak tergamak mengenang kisah lama.. Anak2 dah besar, takkan nak menayang sana-sini..
Quote midori888 17-7-2023 08:44 AM
kesian...takde org kaya sambar...terpaksalah jadi petani...
Quote damsel_fiji 17-7-2023 09:09 AM
midori888 replied at 17-7-2023 08:44 AM
kesian...takde org kaya sambar...terpaksalah jadi petani...

kenapa nak kesian? ntah2 hidup dia lg bahagia dari org2 kaya tu walaupun nmpk hidup dia sederhana
Quote midori888 17-7-2023 09:13 AM
damsel_fiji replied at 17-7-2023 09:09 AM
kenapa nak kesian? ntah2 hidup dia lg bahagia dari org2 kaya tu walaupun nmpk hidup dia sederhana
...

no reason....sajer jer komen camtu...haha
Quote KamikuP 17-7-2023 11:11 AM
Baguslah berbudi pada tanah.. tanam je menjadi dibandingkan acik2 yg berkuntum kat sini tanam pokok pandan pun mati.. ekekekeke
Quote syamzana 17-7-2023 11:14 AM
sama mcm yg ratu utah tp kategori mak2 tu. anak 7 kerja jd petani gak lakibini, beso giler ladang siap supply daging dairy segala benda.
iols suka la hidup mcm ni, kaya raya tp dok kat kg amandamai.
Quote grouper 17-7-2023 11:25 AM
Bertani bukan sahaja menyihatkan badan x payah susah2 p daftar kelas yoga atau masuk gym...duit pun dapat hasil jualan..untung sgt org yg dapat berbudi kepada tanah ni
Quote chiyoasuka 31-7-2023 12:27 AM
ok la bertani… xda salah pun…

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.049013 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top