CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Provokasi Ketika Mabuk, Warga Asing Mati Dikelar Rakan Sendiri

16-7-2023 01:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 609| Komen: 2

Johor Bahru: Tindakan seorang lelaki warga asing memprovokasi rakan senegaranya dalam keadaan mabuk mengundang padah apabila dia maut dikelar di leher di bilik sewa di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian jam 11.15 malam itu Balai Polis Desa Cemerlang mendapat maklumat dari orang awam berhubung pergaduhan membabitkan warga asing di bangunan rumah kedai terbabit.


Katanya, sebaik tiba di lokasi, anggota menemukan lelaki warga asing berumur 27 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia.

"Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada mangsa memprovokasi rakan senegaranya dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan pergaduhan.

"Akibat pergaduhan ini mangsa dikelar di leher sebelah kanan dan meninggal dunia di lokasi sebelum mayat dirujuk ke Hospital Sultanah Ismail (HSI)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Menurut Mohd Sohaimi, bertindak atas maklumat pada 12.10 tengah malam tadi anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan Balai Polis Desa Cemerlang membuat dua tangkapan lelaki warga asing.

Katanya dua suspek berusia 39 dan 40 tahun itu ditahan dalam tempoh 24 jam di sekitar kawasan bangunan kedai Taman Desa Cemerlang.

"Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Pihak polis merampas tiga pisau terdapat kesan darah dan satu minuman keras, selain menemukan 13 kesan darah di tempat kejadian dan pada badan suspek," katanya.

Katanya, kedua-dua suspek direman enam hari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 16-7-2023 03:08 PM
Kawan mabok pun kena kelar dgn kawan sendiri.
Kalau begadoh kat luar tu kau rasa...?

Elok la sunat laserkan jer set² ni kalau tak menyusahkan awam, tak sah.
Quote OshinDaSolja 16-7-2023 05:25 PM
Sebab tu la manusia diharamkan minum arak...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.033173 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top