CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 motosikal disita, 109 saman dikeluarkan di SUKE

16-7-2023 01:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 60| Komen: 0

Ampang Jaya: Ubah suai motosikal dengan menukar ekzos bising dan menggunakan aksesori menyalahi undang-undang mengundang padah buat empat penunggang motosikal apabila ditahan dan kenderaan mereka disita di sini, awal pagi hari ini.


Mereka itu ditahan dalam Operasi Cegah Kemalangan Jalan Raya/Pencegahan Jenayah di sekitar kawasan lorong motosikal Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan Operasi Cegah Kemalangan Jalan Raya / Pencegahan Jenayah di sekitar kawasan lorong motosikal Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) SUKE awal pagi ini. FOTO IHSAN PDRM

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan operasi itu bermula 12 tengah malam hingga 2 pagi.


Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah bertujuan bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya.

"Selain itu, operasi ini juga adalah bagi melakukan pencegahan dari berlakunya aktiviti jenayah.

"Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak empat empat buah motosikal ditahan kerana melakukan pengubahsuaian pada struktur asal kenderaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, penunggang dengan kenderaan yang ditahan kemudiannya dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya untuk proses dokumentasi dan panggil pemilik.

"Kesemua kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama.

"Dalam operasi berkenaan juga, sebanyak 109 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu yang sah, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, ubah suai struktur kenderaan, kesalahan nombor pendaftaran dan juga kesalahan-kesalahan lain," katanya.

Beliau berkata, dinasihatkan kepada semua pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal supaya tidak melakukan sebarang pengubahsuaian pada mana-mana struktur asal kenderaan yang boleh menjadi punca kepada berlakunya kemalangan.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066479 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top