CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Tabung Masjid Diburu Polis

16-7-2023 01:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 265| Komen: 1

Port Dickson: Polis sedang mengesan individu yang memecah tabung sebuah masjid di Bagan Pinang, Port Dickson, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, polis mengesan empat imej seorang lelaki yang sedang melakukan perbuatan memecahkan tabung masjid melalui media sosial pada jam 2 petang.



"Imej itu menunjukkan seorang lelaki sedang melakukan perbuatan pecah tabung masjid yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Negeri Sembilan kini.

"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 14 Julai lalu di Masjid Kariah Bagan Pinang, Port Dickson," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu disedari jemaah masjid pada jam 5.40 pagi ketika ingin menunaikan solat Subuh.

"Menurut mereka, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM500 dari empat tabung yang dipecahkan suspek," katanya.


Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Ihsan Abd Samad di talian 06-647 2222 atau Hotline IPD Port Dickson, 06-6462999.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kkm123 24-7-2023 12:02 PM
Dari kau mencuri baik kau trade dengan AMarkets je dik. Pengeluaran dana 24/5

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.027718 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top