CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Bakal Panggil Saksi Kes Gangguan Seksual Jurulatih Dodgeball

16-7-2023 12:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 270| Komen: 0

Petaling Jaya: Polis akan memanggil semua pihak yang terbabit termasuk jurulatih dodgeball yang didakwa melakukan gangguan seksual membabitkan beberapa murid di sekolah rendah di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.



"Kita akan panggil semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu dalam masa terdekat bagi dirakam percakapan.

"Buat masa ini kita belum menahan jurulatih itu lagi dan akan memanggil saksi untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Laporan polis dibuat pada 26 Jun lalu antara lain turut menyatakan jurulatih terbabit bertindak mengacah untuk menjatuhkan kayu di atas bahagian kemaluan murid lelaki.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), Datuk N Radhakrishnan dilaporkan berkata, pihaknya menerima aduan daripada Biro Kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.032189 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top