Jertih: Keluarga mangsa yang keciciran wang akibat terjatuh dari kereta di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini, Rabu lalu, menawarkan sedikit bayaran saguhati kepada sesiapa yang dapat memulangkan kembali wang berkenaan.
Wan Mastura Wan Leh, 26, kakak kepada Wan Ibrahim, 24, merayu sesiapa yang terambil duit hasil titik peluh adiknya supaya memulangkan semula wang itu. "Jika diikutkan duit itu akan digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan kedai gunting rambutnya, namun disebabkan kejadian ini, semangatnya sedikit goyah. "Kami berharap lebih ramai tampil memulangkan kembali wang yang mereka kutip tempoh hari dan sedikit saguhati akan diberikan," katanya ketika dihubungi. Dalam kejadian pada Rabu lalu, Wan Ibrahim Wan Leh, 24, kehilangan kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah lebih RM60,000 diletakkan atas but keretanya, terjatuh bertaburan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini, pada 11 pagi.
Kejadian berlaku apabila adiknya terlupa beg kain berisi wang tunai yang diletakkan di atas but kereta jenis Honda Civic, sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank untuk menyimpan wang itu. Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut. "Kami berharap mana-mana individu yang mengambil baki wang itu agar memulangkan kembali kepada kami. Sesiapa pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi saya di talian 013-5395538," katanya. Sumber: BH Online
|
cahaya_almas replied at 16-7-2023 12:56 PM
Baca jgk smlm kt fb kr ig..mcm pelik je..amik duit byk2 pastu leh lupa..kita kalau amik duit buk2 bu ...
noor2 replied at 16-7-2023 01:21 PM
Kan...something wrong sgt dia letak duit sebanyak tu dlm bag dan boleh dia lupa...mcm bukan lupa t ...
acikhan replied at 16-7-2023 01:59 PM
kaka, kalo kite g bank nk kuar duit amount dlm rm30k cash ambik duit kat kaunter ke atau dlm ofis ...
acikhan replied at 16-7-2023 01:59 PM
kaka, kalo kite g bank nk kuar duit amount dlm rm30k cash ambik duit kat kaunter ke atau dlm ofis ...
sagiman91 replied at 16-7-2023 12:10 PM
60K kerja gunting rambut?
satu kepala RM10 x 20org sehari = RM200
Samerosie replied at 16-7-2023 02:14 PM
Ada one time iol+husband keluarkan duit more than that cash, dia kasi kat kaunter je chuols....gig ...
cahaya_almas replied at 16-7-2023 02:30 PM
5k ke atas boleh je ambil kt kaunter..sbb kalau atm leceh lah nak kuar byk2...5k ok lg i rasa..cu 10 ...
noor2 replied at 16-7-2023 02:16 PM
Kaka ambik kat kaunter kalau atas 5K tu....mudah lagi kat kaunter
acikhan replied at 16-7-2023 02:56 PM
tu la kaka, kalo kat ATM x bleh sedebuk kuar kan duit...Kono byk kali kang org belakang jeling sat ...
ADVERTISEMENT