Pelakon Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Aiya Mukhamedsalova, 29, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.27 pagi Ahad. Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 31, dinikah oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi. Meluahkan rasa syukur, Fadlan lega akhirnya urusan pernikahan dengan wanita warga Kazakhstan itu dipermudahkan. “Syukur semua berjalan lancar. Selama tujuh bulan uruskan majlis. Akhirnya selamat bergelar suami. “Banyak yang perlu dilakukan untuk bernikah terutama dari segi dokumen,” katanya kepada mStar. Pada majlis berkenaan Fadlan menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin emas. Fadlan turut menyerah lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan.
Dalam acara serba ringkas itu, hanya keluarga serta teman rapat sahaja yang hadir meraikan kedua mempelai. Resepsi pasangan ini akan diadakan pada Oktober di Kuala Lumpur. Keluarga Aiyan bagaimanapun tidak hadir pada majlis berkenaan. Sumber: mStar
|
babycc replied at 16-7-2023 12:27 PM
Dulu kat forum ni nama dia fadlan hazim hensem..
ADVERTISEMENT