CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terkejut Beruk Terpaksa Bayar RM69.55 Untuk Sepinggan Nasi Padang

16-7-2023 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2415| Komen: 41

SINGAPURA – Seorang wanita merungut selepas dia membayar SG$20.30 (RM69.55) untuk nasi padang yang dibeli di sebuah kedai di Lapangan Terbang Changi.

Stomp melaporkan, dia mengunjungi sebuah gerai di medan selera untuk makan tengah hari dan memesan nasi, sayur, rendang daging lembu dan sepotong ikan.


Wanita itu memberitahu Stomp: “Saya dikenakan harga mengejut SG$20.30.

Foto: Stomp

“Dua kakitangan wanita menjelaskan bahawa hirisan ikan adalah barangan makanan laut pada harga SG$12 (RM41.11) yang saya tidak diberitahu terlebih dahulu. Saya menyemak semula papan tanda gerai itu dan tidak menemui sebarang petunjuk harga untuk makanan laut.

“Saya berharap mereka dapat meningkatkan ketelusan harga makanan,” katanya.

Sebagai tindak balas kepada pertanyaan Stomp, jurucakap kedai itu berkata, pihaknya telah berusaha untuk menyediakan pilihan makanan yang berkualiti kepada pengguna. 


“Kami menyedari perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan penyewa kami untuk menambah baik papan menu dengan petunjuk harga yang lebih jelas.” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 16-7-2023 10:33 AM
Amboiii ko..pi mkn kat dlm epot..lps tu buat² terkejut pulak
Quote dua_chzy 16-7-2023 10:37 AM
krustykrab replied at 16-7-2023 02:33 AM
Amboiii ko..pi mkn kat dlm epot..lps tu buat² terkejut pulak

Ntah. Aku tengok macam rega normal airport ja dia kena caj. Kalau kita ambik lauk2 gitu di tanah ayer pun dah sah2 bil atas 20 hengget.
Quote ciksom 16-7-2023 10:39 AM
Epot memang harga macam tu kan. Mahal apa nye.
Quote CiliPadiSedap 16-7-2023 11:05 AM
ummah world class xberduit ke? terpaksa troll negara second class.  last2 shopping penuh bonet dan enjin bay  kt negara 2nd class.
Quote pu3_rania 16-7-2023 11:08 AM
krustykrab replied at 16-7-2023 10:33 AM
Amboiii ko..pi mkn kat dlm epot..lps tu buat² terkejut pulak

Itu lar kan ketam
Baru keluar dari gua @ tak pernah naik kapal terbang kot
Dasar attention seeker
Quote _blackbird 16-7-2023 11:13 AM
std la price number tu. yg membezakan simbol currency jerrrr... roti canai kosong kat singapore pon $1.50 sama mcm sini RM1.50
Quote malarky 16-7-2023 12:06 PM
Edited by malarky at 16-7-2023 12:07 PM

Jerry Seinfeld pernah buat bid joke dia pasal harga tak masuk akal kat airpot ni,
dia kata
"have anybody notice how much they charge food at the airport, yeah tuna sandwich 14 dollars, does they how much it cost in any part of the world?"

By the way, in 1997 aku pernah makan tengahari di di subang airport, kedai ala2 nasi campur, 3 pinggan nasik dengan setiap pinggan ambik 1 lauk dan 1 sayur plus air kong (sejuk) dia caj RM150.00. so tak hairan la

Quote noor2 16-7-2023 12:11 PM
Yg komplen ni ummah negara mana?
Quote venom1 16-7-2023 12:13 PM
Yang ada kat airport semua orang berduit. kalau tak macamana dia boleh bercuti kat tempat lain?
Quote B40tastePosh 16-7-2023 12:25 PM
Kat Airport memang la mahal, kau pergi la KFC atau McD kalau di Airport.

Tekak kampung ko bawa gi Aiport memang la jadi rare.
Quote B40tastePosh 16-7-2023 12:26 PM
Dah tahu B40 berangan lepak airport dgn tekak kampung kau
Quote airfilterkotor 16-7-2023 12:38 PM
noor2 replied at 16-7-2023 12:11 PM
Yg komplen ni ummah negara mana?

Susah untuk dirungkaikan.
Quote She-Ra 16-7-2023 12:38 PM
luar epot pun mahal, dlm epot lg laaaa
nasi ayam penyet luar epot pun dh $9, ko ghase? bukan set sekali air tauuuu.. nasi dgn ayam penyet je

Quote noor2 16-7-2023 12:39 PM
airfilterkotor replied at 16-7-2023 12:38 PM
Susah untuk dirungkaikan.

Jom tekaaaa....hehe...
Quote vespa_oren 16-7-2023 12:39 PM
beli makanan airport biasa beli mcd dan kfc jer
Quote Firenzza 16-7-2023 01:18 PM
Sedangkan nasi padang kt sini bkn epot ye..... pun dh dekat RM40 sepinggan.......kedekut nau spore nih
Quote Perawankota 16-7-2023 01:36 PM
Dah lah kat airport, kat Singapore lak tu, pastu makan nasi padang.. Kat sini pon pi makan nasi padang kat kedai biasa pon sepinggan dgn lauk sikit2 pon dah berpuluh2 ringgit.
Quote Samerosie 16-7-2023 02:04 PM
Tak, masalahnya dia memang siap2 akan letak rega.  abis tu kau kaup je bila nak bayar gigil pulak ke?
Quote otai_g 16-7-2023 02:15 PM
Tips utk newbies, kalo kat airport nak mkn pg fast food jer. Ko pg kdi2 yg masak sendiri x de brand ni ready la hulur Tengkuk jer

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051580 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top