CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Allah Makbulkan Suami Idaman Watie, Semua Ciri Ada Pada Shuib, "Kelakar, Pandai Main Gitar, Suara Sedap, Golfer"

16-7-2023 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2710| Komen: 40

Watie Hanifiah mendedahkan ciri-ciri jodoh yang dia inginkan untuk dijadikan sebagai suami.

Katanya, dia tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah SWT untuk diberikan jodoh yang baik dan turut menyenaraikan empat ciri suami yang dia idamkan.


Foto: IG

Di Instagram, Watie berkongsi ciri-ciri suami idamannya iaitu seorang yang kelakar, pandai bermain gitar, bersuara merdu dan seorang pemain golf.


“Dari dulu bila berdoa pasal jodoh, mesti doa semoga Allah jodohkan dengan seseorang yang…

“1. Kelakar (sebab dia kena hari-hari buat lawak, bagi ketawa sebab kalau sehari tak ketawa rasa macam suram hidup)
2. Pandai main gitar (supaya kalau tak pergi karok dia boleh mainkan gitar untuk kita nyanyi)
3. Suara kena sedap (sebab dia kena nyanyi sama-sama sambil petik gitar)
4. Golfer (masa ni ciri-ciri mula bertambah masa umur 27 tahun sebab time ni dah mula suka dengan golf,” kongsinya.


Susulan itu, Watie meluahkan rasa syukur apabila doanya dimakbulkan untuk memiliki suami idamannya dan ciri-ciri tersebut ada pada Shuib.

“Banyak lagi lah sebenarnya kalau nak ceritakan ciri-ciri yang kita nak tu tapi tak sangka Allah tu maha mendengar kan… sebab banyak yang kita nak tu, banyak jugak yang Allah makbulkan… Alhamdulillah,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, Watie juga menasihati warganet untuk tidak pernah berhenti berdoa untuk bertemu jodoh dan semestinya perlu bersabar.



“Jadi kat sini kita nak bagi semangat kat korang yang belum bertemu jodoh, lambat bertemu jodoh, jangan risau ok… jangan pernah berhenti berdoa untuk Allah temukan dengan jodoh yang korang inginkan.

“InshaAllah jodoh pasti bertemu kerana sabar itu begitu indah,” ujarnya.




Pada penutup hantaran, Watie sempat mengucapkan kata cinta buat Shuib dan memuat naik video yang memaparkan suaminya itu sedang bermain gitar.

“I Love You @shuibsepahtu,” tulisnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 16-7-2023 10:17 AM
Mmm.. mana mana laa..perfect sggh soeb no.. hahahaha..
Quote MatDeghem 16-7-2023 10:26 AM
Watie Tak mintak suami encem....Kalau Tak encem pun Tak buruk Lori pecah

Quote jihyomelly 16-7-2023 10:29 AM
hmmmm tak abih lagi rupanya…
Quote edayildiz 16-7-2023 10:35 AM
golfer k yg penting
Quote red_velvet 16-7-2023 10:37 AM
Soeb je pun....
Quote ciksom 16-7-2023 10:41 AM
Nampak sangat suami tak hemsem.sebb tu takde dlm ciri ciri yg ko tulis.

Sepatutnya kene tulis banyak duit.
Quote honeystar_11 16-7-2023 10:42 AM
Lantak dia la. Dh dia dpt suami idaman dia. Allah makbulkan dia dpt shuib
Quote slyfynx 16-7-2023 10:46 AM
Bee ae bee eye.
Quote dudaberhias 16-7-2023 10:48 AM
Tak habis lagi ke pasal jejan rhoper katak beracun dengan isteri terlebih melahap ajinomoto tu...

Quote primarikey 16-7-2023 11:42 AM
Alhamdulillah..Allah perkenankan doa watie
Mgkn asbab jaga kakak dia yg oku
Tahniaj watie
Semoga bahagia smp ke hujung nyawa
Quote arwenlotr 16-7-2023 11:55 AM
Ewwww keep it to yourself lah
Quote GummyBear123 16-7-2023 12:17 PM
dia tak sebut "kacak" kuikuikui
Quote September14 16-7-2023 12:37 PM
Berduit je lah benda pertama.. klu x xde lah ko nak dia.
Quote makcun14 16-7-2023 12:39 PM
sapa lagi nak puji kalau bukan bini sendiri kan?
uhuk uhuk galak sungguh .
Quote missHIJAU 16-7-2023 01:25 PM
dudaberhias replied at 16-7-2023 10:48 AM
Tak habis lagi ke pasal jejan rhoper katak beracun dengan isteri terlebih melahap ajinomoto tu...

{ ...

dekah aku kahkah
Quote love_warrior 16-7-2023 01:38 PM
Benda baru semua wangi
Quote codenamedream 16-7-2023 01:41 PM
Apa yg menariknya suami Golfer?
Quote Sesuatu… 16-7-2023 01:59 PM
Rare betul minta dpt laki suara sedap
Quote Kangkung1M 16-7-2023 02:01 PM
Edited by Kangkung1M at 16-7-2023 02:18 AM
dudaberhias replied at 15-7-2023 10:48 PM
Tak habis lagi ke pasal jejan rhoper katak beracun dengan isteri terlebih melahap ajinomoto tu...

{ ...

Kebetulan Kaka Duda mention pasal katak beracun, saya ingin mengambil kesempatan menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya mengetahui sumber makanan yang kita ambil bagi mengelak makan makanan yang beracun.

Tular video memaparkan satu keluarga dikejarkan ke hospital sebab makan cendawan beracun. Kalau kalian jumpa cendawan liar, jangan terus kutip, masak dan makan tau. Gugel dulu, sebab banyak cendawan liar tergolong dalam kategori beracun.

[ig]https://www.instagram.com/reel/CurA2lusHcH/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048451 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top