CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang, 2 Pembonceng Maut Tercampak Tengah Jalan Lepas Bertembung Hilux

16-7-2023 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 425| Komen: 2

Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan pacuan empat roda Toyota Hilux di Jalan Embuau Song-Kapit, semalam menyebabkan penunggang serta dua pemboncengnya maut di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, semua mangsa disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian.



Harian Metro

Katanya, mangsa dikenali sebagai Joshua Richard 38, Jimbai Ujam, 57 dan Sempun Lau, 51, manakala pemandu tidak mengalami kecederaan.

"Kesemua mangsa didapati tercampak di tengah jalan," katanya.

Katanya, hasil maklumat awal daripada saksi memaklumkan semasa kejadian, motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa bertembung dengan 4WD terbabit menyebabkannya hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan.

Mayat kesemua mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 16-7-2023 08:42 AM
Salam takziah
Quote CARI-MAL 17-7-2023 08:10 AM
kenapalah naik bertiga..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.042776 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top