CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Tak Benarkan Mereka Naik Motosikal, Tak Sangka Hari Ini Anak Maut Dalam Bas'

16-7-2023 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1063| Komen: 9

“Saya tak benarkan anak dan isteri naik motosikal bersama ke Bekok kerana kurang selamat. Tidak sangka pula hari ini anak saya maut dalam bas dinaikinya."

Demikian luah bapa kepada budak lelaki yang maut dalam kemalangan bas dan lori tangki di Bandar Chaah, Segamat pagi semalam.


Muniyandi Andy, 47, yang melarang isteri serta anaknya membonceng motosikal atas faktor keselamatan masih terkejut dan seakan-akan tidak percaya anaknya, Eswaran,10, kini sudah tiada akibat maut apabila bas dinaiki bersama-sama ibunya dirempuh sebuah lori tangki di Kilometer 138.3, Jalan Johor Bahru-Seremban di Bandar Chaah, pagi semalam.


MUNIYANDI ANDY (kiri) yang kehilangan anak lelakinya, Eswaran (gambar kecil) dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan lori tangki di Kilometer 138.3, Jalan Johor Bahru-Seremban di Bandar Chaah ditenangkan oleh Tan Chong di Hospital Segamat.

“Anak dan isteri saya menaiki bas tersebut ketika ingin pulang ke rumah di Segamat setelah melawat saudara di Bekok. Namun, ada saudara maklumkan mereka berdua terlibat dalam kemalangan bas di Chaah dan anak saya pula tidak akan ‘pulang’ selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, Tan Chong turut hadir melahirkan rasa simpatinya kepada Muniyandi.

Isteri Muniyandi, M. Kaladevi, 43, turut cedera dalam kemalangan kira-kira pukul 7.30 pagi itu.

“Saya tidak sqngka kejadian itu meragut nyawa anak dan ia berlaku sekelip mata. Saya serahkan segala siasatan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada pemandu lori berusia 62 tahun yang datang dari arah Segamat menghala ke Johor Bahru tidak mematuhi isyarat lampu merah mengakibatkan pelanggaran di bahagian sebelah kanan bas yang menghala keluar dari simpang empat di Bandar Chaah menuju ke arah Segamat.

“Dalam kemalangan itu, penumpang bas, iaitu seorang kanak-kanak lelaki dikenali Eswaran Muniyandi maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya.

Menurutnya, pemandu lori tangki turut mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kini menerima rawatan di  Hospital Segamat.

Pemandu bas berusia 59 tahun yang turut mengalami kecederaan parah kini dirawat di hospital sama bersama-sama dua penumpang wanita berusia 23 dan 43 tahun, iaitu ibu Eswaran yang patah kaki.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat menerusi talian 07-9325811. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 16-7-2023 08:30 AM
Sian yg kena tinggal.. yg pergi masuk syurga
Quote CatMiow 16-7-2023 08:38 AM
Takziah, kita hanya mampu mengelak risiko,tapi kematian tetap akan berlaku jika dah tiba masanya.
Quote Supersirap 16-7-2023 08:41 AM
Salam takziah kepada keluarga
Quote hareeeesah 16-7-2023 10:05 AM
Sedihnya.. takziah semoga mak & bapak dia kuat.
Quote edayildiz 16-7-2023 10:12 AM
sedihnyaa..

Quote Tiggybiru 16-7-2023 11:02 AM
RIP..takziah
Quote imanjannah 16-7-2023 11:29 AM
salam takziah
Quote pooh~key 16-7-2023 11:33 AM
Akak tak reti nak sedih sis. Malah, akak agak seronok sissy.
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:51 AM
salam takziahh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.051497 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top