Berikutan peningkatan harga barang ketika ini, golongan kelas pertengahan dan bawahan adalah yang paling merasai kesannya. Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di Facebook oleh seorang individu yang mendakwa harga makanannya tidak berpatutan, mengundang perhatian warga maya.
Katanya, harga RM4 yang dikenakan untuk sepinggan nasi tanpa lauk seperti ikan mahupun ayam adalah sangat mahal. Individu tersebut turut memuat naik sekeping gambar hidangannya untuk dinilai oleh warga maya. Kelihatan dalam gambar yang dimuat naik iaitu nasi dengan kicap, sambal tempe goreng campur kacang tanah, sambal belacan serta ulam kobis bersama segelas air kosong. Bagaimanapun, perkongsian individu itu bukannya disokong sebaliknya dikecam oleh rata-rata warga maya. Hampir semua mereka berpandangan harga yang dikenakan untuk hidangannya dianggap munasabah lebih-lebih lagi ia bukan dibeli di gerai sebaliknya restoran.
"Hahaha dia pergi makan dekat restoran. Gelas pun tauke pakai jenis gelas mahal. Tiba-tiba dapat pelanggan macam ni. "Tempe sekeping dah RM1.20 bang. Macam baru keluar gua. Kau buat sendirilah tempe bang. Sambal belacan tanam lada sendiri, kobis pun sama," demikian komen netizen. Bagaimanapun menerusi ruangan komen, individu tersebut tetap mempertahankan pandangannya malah berkata harga yang sepatutnya dikenakan setakat RM3. Namun beberapa netizen tampil membuat kira-kira bagi setiap item yang diambilnya untuk menunjukkan rasional di sebalik harga RM4 yang dikenakan pihak restoran. "Nasi RM1.50, ulam dan sambal belacan RM0.50, tempe RM2.00. Ini pun mahal ke? "Cubalah abang pula yang meniaga... nak tengok berapa ringgit nak letak," demikian antara komen netizen. Sumber: mStar
|
noor2 replied at 16-7-2023 08:17 AM
Lorrrr dgn lauk mcm tu RM4 berbaloi la...kalau ko ambil ikan..harga ikan tu sendiri dah RM8...belum ...
midori888 replied at 16-7-2023 09:30 AM
adik meols last week dia gi makan kat food court mana ntah tpi bukan kat KLCC...amik nasi putih + ...
noor2 replied at 16-7-2023 09:35 AM
Ayam seketul brp...
Akak pi restoran mesti tanya...tapi akak x suka ayam, suka ikan lagi...owner ...
_blackbird replied at 16-7-2023 09:46 AM
amboiii nokk 2 scoop tu byk ler nok utk ko skali lahap. dasar pelahap tempe. btw aku pern ...
midori888 replied at 16-7-2023 09:54 AM
ntah taktau...tapi dia makan kat foodcourt, bukan kat restaurant....slalu kalu foodcourt kan biasa ...
noor2 replied at 16-7-2023 09:56 AM
Rasanya ayam dah naik RM7 seketul....rasanyala...
midori888 replied at 16-7-2023 10:01 AM
oic..tapi kecik sgt ayam nyer kalu nak charge RM7....adik kata baik dia gi makan kat restaurant, t ...
noor2 replied at 16-7-2023 10:13 AM
Susah juga dgn peniaga ni....mmg kadang2 harga x sama...try ambil makanan sama untuk 2 hari..kalau ...
midori888 replied at 16-7-2023 09:54 AM
ntah taktau...tapi dia makan kat foodcourt, bukan kat restaurant....slalu kalu foodcourt kan biasa ...
ADVERTISEMENT