CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kematian Dea Maisarah: Polis Selangor Terima Dua Laporan

15-7-2023 09:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1093| Komen: 4

Shah Alam: Polis Selangor mengesahkan menerima dua laporan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan polis berkenaan diterima dari pihak hospital dan satu lagi daripada bapa mangsa.


Allahyarham Dea Maisarah Bada. FOTO Ihsan FB Dr Zaliha

"Siasatan mendapati, mangsa, seorang kanak-kanak warga tempatan berusia 10 tahun dibawa oleh ahli keluarga untuk mendapati rawatan di HTAR dan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

"Kejadian itu juga menjadi tular di media sosial dan mendapati perhatian pelbagai pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, polis sudah memulakan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 Oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.


"Siasatan terperinci, menyeluruh, adil dan saksama akan dijalankan terhadap aduan kedua-dua belah pihak iaitu hospital dan penjaga.

"Polis tidak pernah menafikan hak sesiapa dalam menjalankan siasatan kes ini, dan menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian ini.

"Sebarang maklumat kejadian boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Natalie Anak Allin di talian 03-55145222 atau 019-6422985," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 16-7-2023 02:09 AM
Manis wajah adik ni, mcm tidor je
Quote mawardia 16-7-2023 07:33 AM
"...dan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan." So terang2 bukan BID.
Quote KirazMevsimi 16-7-2023 11:59 AM
Takziah buat keluarga adik Dea. Moga diketahui sabab musabab meninggalnya
Quote Zazama 17-7-2023 10:06 PM
Semoga ada pembelaan buat arwah.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.405347 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top