CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Enam Bulan Maut Dipercayai Didera Pengasuh, Cedera Di Kepala Akibat Objek Tumpul

15-7-2023 07:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 752| Komen: 4

Ipoh: Bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia disyaki didera oleh pengasuhnya.

Ketua Polis Derah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata polis menerima laporan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada 12 Julai yang memaklumkan kemasukan mangsa ke hospital itu



Beliau berkata, ketika itu pihak hospital mendapati bayi terbabit dalam keadaan koma dan terdapat kesan lebam di badan disyaki akibat didera.

"Susulan itu, polis menangkap seorang wanita tempatan berusia 52 tahun yang juga pengasuh mangsa secara sepenuh masa pada 13 Julai lalu.

"Suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 17 untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kerana mengabaikan atau menganiayai kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun, katanya, kes diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian mangsa di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HRPB pada 2.51 petang semalam.

Yahaya berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini menunjukkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul (blunt trauma of the head).


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 15-7-2023 07:29 PM
Pengasuh ni mesti gemok....
Quote hanamunir 15-7-2023 08:29 PM
mak nye bersusah payah mengandung kan anak..
dapat kat pengasuh selamba je debik anak orang..
tak boleh atau tak larat jaga, cakap la..
Quote Markonah_7 16-7-2023 04:52 AM
Banyak sangat dah kes macam ni
Berulang ulang.Patutnya pihak berwajib dah pikir solution lain nak tackle mende ni
Sampai bila parent nak pertaruhkan nyawa anak setiap kali hantar pengasuh
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:53 AM
Sampai hati buat mcm tu….

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037645 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top