CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ayam Sejuk Beku Bernilai Lebih RM500,000 Dirampas

15-7-2023 07:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 306| Komen: 1

Kota Kinabalu: Sebanyak 2,700 kotak ayam sejuk beku tanpa permit bernilai lebih setengah juta ringgit, dirampas di Jalan Telupid, Batu 4 dekat Kampung Telupid di sini, hari ini.

Produk dipercayai dibawa masuk dari Amerika Syarikat (AS) itu dirampas Pasukan Gerakan Am Batalion 20 (BN 20) Beluran pada 3.35 pagi.



Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, pasukan turut menahan dua pemandu lori jenis Nissan berusia 25 dan 33 tahun serta kelindan berusia 33 tahun.

"Mereka ditahan hasil maklumat dan pemeriksaan ke atas dua lori itu menemukan ayam sejuk beku (paha ayam) yang diimport tanpa sebarang permit.

"Pemeriksaan juga menunjukkan cop halal pada kotak itu meragukan, selain mereka tiada sijil halal.

"Nilai rampasan produk berjumlah RM540,000, manakala dua lori disita bernilai RM200,000," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, rampasan dan tangkapan dibawa ke Balai Polis Telupid untuk tindakan lanjut dan kes turut dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jakim.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:56 AM
naya laa… mKan ayam xda sijil halal

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.028458 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top