CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Barang Naik Mendadak, Pengguna Terbeban

15-7-2023 06:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3843| Komen: 112

Kuala Lumpur: Kenaikan hampir semua barangan keperluan termasuk bukan kawalan menyebabkan pengguna yang sudah terkesan dengan kos sara hidup tinggi pada masa ini semakin terbeban.

Peniaga kuih tradisional, Nor Aziah Abdullah, 53, mengakui dia turut terbeban dengan kenaikan pelbagai barangan keperluan yang meningkat ketara kira-kira 50 peratus sejak awal tahun ini.


GAMBAR hiasan orang ramai membeli belah. FOTO Arkib NSTP

"Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perniagaan saya merosot teruk sangat berbanding semasa PKP. Tiba-tiba saja semua harga barang mendadak naik yang bukan sikit-sikit kenaikan. Ibarat RM100 dulu nilainya macam RM50 pada zaman sekarang.

"Macam tepung naik kepada lebih RM70 seguni berbanding dulu baru RM42 saja begitu juga dengan gula (guni)," katanya kepada Harian Metro.

Bagi pencinta kucing, Afiq Shazwan On, 30, berkata, kos keperluan untuk lima anak bulusnya juga mengalami kenaikan ketara sejak lebih setahun lalu.


"Jika dulu dengan RM400 saya boleh beli 14 kilogram (kg) makanan kucing untuk sebulan dan pasir untuk penggunaan tiga minggu bagi lima ekor kucing saya.

"Sekarang, RM400 itu saya cuma boleh dapat makanan kucing untuk sebulan dan saya perlu tambah lagi RM120 untuk pasir. Kos itu belum termasuk rawatan jika kucing sakit dan lain-lain yang juga semakin naik harga.

"Bagi saya harga makanan dan kos pemandulan kucing paling perlu dikawal kerajaan kerana ia satu keperluan utama untuk pencinta kucing seperti saya," katanya.

AFIQ Shazwan dan Nor Aziah

Selain itu, suri rumah Noor Baizurah Mohamad Rusni, 33, berkata, harga keperluan seperti susu formula, lampin pakai buang, kelengkapan dan peralatan sekolah untuk lima anaknya juga semakin meningkat.

"Dulu pada tahun 2020 ke 2021 harga lampin pakai buang anak cuma RM37 ke RM38 sekarang mencecah RM45 ke atas untuk sebungkus.

"Begitu juga susu formula, daripada RM25 untuk 900 g sekarang RM29 dan susu khas untuk anak yang menghidap kanser pula cecah RM100 berbanding RM75 kepada RM78 untuk 800 g sebelum ini.

"Barang sekolah pun mahal, lebih-lebih lagi ada anak ramai macam saya ini memang terkesan kerana hampir setiap minggu juga ada barang yang perlu dibeli untuk aktiviti seni anak di sekolah.

"Saya harap sangat kerajaan dapat mengawal harga keperluan ini kerana kami rasa terbeban dengan kenaikan harga barang sekarang," katanya.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen Facebook Harian Metro, kebanyakan netizen turut mengeluh tentang kenaikan pelbagai barangan lain seperti beras, alat ganti kenderaan, bahan binaan, penjagaan diri serta peralatan elektrik.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 15-7-2023 07:16 PM

what when wrong?

Quote nazzse 15-7-2023 07:40 PM
Tinggi nau kos makanan kucing dia ni. Brand apa dia guna.
Kos sama tu iols boleh beli RC yg 10kg + 4 kg + pinewood 20kg utk cover 3 bulan. Tu pun harga mknan ada naik 15% start April haritu.
Quote Buritan 15-7-2023 07:42 PM
Tak tau laa semua mahalll.. pas tuu org yg sewa rumah aku semedang tak mampu bayou sewa.. Alaskan Susu anaklaa pamperslaa
Quote Buritan 15-7-2023 07:43 PM
nazzse replied at 15-7-2023 07:40 PM
Tinggi nau kos makanan kucing dia ni. Brand apa dia guna.
Kos sama tu iols boleh beli RC yg 10kg + 4 ...

Aku pun rm500 utk makanan kucing sis.. aku beli royal canin.. try tuko yg murah Kang sakit plk..
Quote kakikuDibibirmu 15-7-2023 08:05 PM
Terbeban  tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Quote monreyes 15-7-2023 08:28 PM
isu sama dulu sampai sekarang...
kos mahal...
tak payah lah meniaga gitu...
x pernah pulak declare popit masa meriah dulu
Quote selani 15-7-2023 08:32 PM
nazzse replied at 15-7-2023 07:40 PM
Tinggi nau kos makanan kucing dia ni. Brand apa dia guna.
Kos sama tu iols boleh beli RC yg 10kg + 4 ...

Royal Canin fibre 2kg dulu2 harga rm70 sekarang ni dah rm100 mungkin naik lagi.

Terpaksa kasi jugak makanan kucing ni sebab kucing kat rumah usia dah tua selalu sembelit.

Yg lain2 terpaksa jimat termasuk beli pasir kucing murah2 punya.
Quote CiliPadiSedap 15-7-2023 08:33 PM
Buritan replied at 15-7-2023 07:42 PM
Tak tau laa semua mahalll.. pas tuu org yg sewa rumah aku semedang tak mampu bayou sewa.. Alaskan Su ...

kasihannya keluarkan cepat sis. kalau dh lebih 3 bulan u deserve better tenant.cm penyewa kaka yg gov kaka senang je forward email kt ketua jabatan buat aduan.
Quote CiliPadiSedap 15-7-2023 08:34 PM
monreyes replied at 15-7-2023 08:28 PM
isu sama dulu sampai sekarang...
kos mahal...
tak payah lah meniaga gitu...

beza sis. 1998 george soros serang. 2023 tiada siapa serang
Quote CiliPadiSedap 15-7-2023 08:34 PM
selani replied at 15-7-2023 08:32 PM
Royal Canin fibre 2kg dulu2 harga rm70 sekarang ni dah rm100 mungkin naik lagi.

Terpaksa kasi jug ...

bontot dia confirm ada buasir jenis berak leset kt batu macam anjing gesel kt batu.

xpe kalau ada bajet beli je makanan mahal. moga murah rezeki sis.
Quote CiliPadiSedap 15-7-2023 08:35 PM
kakikuDibibirmu replied at 15-7-2023 08:05 PM
Terbeban  tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa{:mlshy ...

bila t20 berbicara
Quote shida81 15-7-2023 08:46 PM
Mn2 gomen pun mesti naik harga.. Smua gomen fail nk usruskan kenaikan harga.. Opr naik.. Harga lagi naik.. Gomen naik gj.. Harga brg naik lg.. Yg terasa pekerja bawahan... Baik gomen baik swasta...
Quote Buritan 15-7-2023 08:50 PM
CiliPadiSedap replied at 15-7-2023 08:33 PM
kasihannya keluarkan cepat sis. kalau dh lebih 3 bulan u deserve better tenant.cm penyewa kaka yg  ...

Payah jgk sis.. aku ni Bila tgk muka anak anak dia aku jd errrrr.. klmhn aku ni kucing anjing budak budak dgn org tua.. nak buat CMN.. pdhl aku pun sudah jugak..
Quote CiliPadiSedap 15-7-2023 08:54 PM
Buritan replied at 15-7-2023 08:50 PM
Payah jgk sis.. aku ni Bila tgk muka anak anak dia aku jd errrrr.. klmhn aku ni kucing anjing buda ...

ok moga di murahkan rezeki sis cuma kena ingat sis adalah bisnes bukan badan kebajikan.
Quote CiliPadiSedap 15-7-2023 08:55 PM
shida81 replied at 15-7-2023 08:46 PM
Mn2 gomen pun mesti naik harga.. Smua gomen fail nk usruskan kenaikan harga.. Opr naik.. Harga lagi  ...

inflasi cycle ekonomi. dont worry harga barang xpernah turun.
Quote stingerpressor 15-7-2023 09:03 PM
Edited by stingerpressor at 15-7-2023 09:05 PM

BENS INDEPENDENT GROCERS having Korean Fair...apalagi anak jiran aku 'ketuk' aku sambil aku ambik belanja bulanan sekali bersama Louisa....

Dongwan Topokki RM 19.90 x5....
Jelly B Konjac  RM 6.90 x 5
DOLE water Jelly assorted RM 7.85 x 5
YANGBAN RICE PORRIDGE....Abalone, seafood ,beef....5 sets each....RM15 x15

baru section Korean Fair.....aku dah berpeluh.....walau beraircon......

TOBAT Lain kali serik bawak anak jiran aku iteww....

total bil termasuk for my 2 ekor anak bulus dan house groceries?
Lu pikir ler sundrik....



Kahkahkahkahkahkahkah







Quote lazim 15-7-2023 09:08 PM
nazzse replied at 15-7-2023 07:40 PM
Tinggi nau kos makanan kucing dia ni. Brand apa dia guna.
Kos sama tu iols boleh beli RC yg 10kg + 4 ...

Kucen iols marhaen tu mujur mkn cap lotus. Sebulan 2 guni. Tadi nk gi beli eh xde guni besar ada yg 3kg. Iols syak nak naik harga la tu sbb dia plg mmpu milik
Quote Buritan 15-7-2023 09:11 PM
CiliPadiSedap replied at 15-7-2023 08:54 PM
ok moga di murahkan rezeki sis cuma kena ingat sis adalah bisnes bukan badan kebajikan.

Rumah yg Satu LG tuu LG hauk penyewanyaa dulu.. Sampai beribu tak bayo.. yg ni MMG sengaja tak nak bayo.. tp bpk aku backup baik dia.. Sampai Naik tocang.. Bila somi dia kojol bpk aku suh halalkan.. aku malas dah.. adekala aku nyampah dgn bpk aku..
Quote CiliPadiSedap 15-7-2023 09:21 PM
Buritan replied at 15-7-2023 09:11 PM
Rumah yg Satu LG tuu LG hauk penyewanyaa dulu.. Sampai beribu tak bayo.. yg ni MMG sengaja tak nak ...

xpe nanti upah sister vokuru hantu kopek cekik dalam mimpi penyewa dari neraka

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.038286 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top