Serina Redzuawan tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu dengan meluangkan masa bersama dua anaknya iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya walau hak penjagaan anak-anak tidak jatuh ke atasnya.
Serina, 40, berkata menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu, perasaan rindu itu terubat apabila dia dapat berjumpa anak-anak setiap kali pulang ke Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Serina memberitahu sudah menjadi kebiasaan setiap kali pulang ke Kuala Lumpur dia melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak. Kali ini dia membawa Tristan dan Isabella bersama keluarga angkatnya beriadah di taman tema air dan menonton wayang. Pada 26 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Serina mendapat hak penjagaan kekal terhadap Isabella sementara Gavin mendapat hak penjagaan kekal terhadap anak sulung lelaki mereka, Tristan.
Bagaimanapun pada 9 Februari lalu, mahkamah memerintahkan hak penjagaan kekal Isabella itu diberikan pula kepada bekas suaminya, Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar. Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin berkata, mahkamah memutuskan demikian selepas menemu bual Isabella mengenai pilihan mahu tinggal bersama ibu atau bapa. Sebahagian alasan yang diberikan Gavin untuk mengubah hak jagaan berkenaan adalah disebabkan Serina sudah berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan anak kedua itu. Gavin juga mendakwa Serina kerap berpindah tempat tinggal dan kini berhijrah ke Kangar, Perlis sekali gus menyukarkan wanita berkenaan menjalankan tanggungjawab memelihara keselamatan Isabella. Serina bagaimanapun enggan memberi keterangan lanjut berkenaan isu anak-anak kerana menghormati mahkamah dan perlu mengikuti perintah injunksi. Untuk rekod, Serina mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling, Selangor pada 1 Ogos 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Tristan, 13, dan Isabella, 12. Serina kemudiannya berkahwin dengan Meor pada April 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Sumber: mStar
|
dudaberhias replied at 15-7-2023 06:44 PM
Elok lagi di jaga laki... Kalau penjagaan jatuh dekat sheols habis la cef one nak kena menanggung la ...
ADVERTISEMENT