CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayar RM2, Patut Ke Tak Kantin Sediakan Nasi Dengan Ayam Sebesar Ini?

15-7-2023 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 844| Komen: 3

Tular perkongsian seorang pengguna Facebook dipercayai ibu kepada murid sekolah memaparkan hidangan di kantin sebuah sekolah.



"Sekolah kebangsaan, RM2 nasi dengan ayam sebesar itu. Anda nilaikanlah," demikian kapsyen yang ditulis dalam hantaran yang dikongsikan di sebuah grup Facebook.

Turut dimuat naik adalah sekeping gambar di kantin sekolah tersebut, di mana kelihatan antara menu yang dijual adalah sepinggan nasi putih bersama seketul ayam goreng bersaiz kecil.


Seorang netizen membuat perbandingan menu yang dihidangkan di sekolah anaknya yang berharga RM2.50. -Gambar Facebook


Menurut lokasi di dalam hantaran berkenaan, sekolah tersebut dipercayai terletak di Tapah, Perak.

Tidak dapat dipastikan identiti individu yang merakam gambar tersebut namun berkemungkinan ibu bapa kepada pelajar di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Segelintir daripada mereka berpandangan harga yang dikenakan untuk hidangan tersebut adalah berpatutan.



Dalam pada itu, ada yang mencadangkan supaya ibu bapa menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak sekiranya tidak berpuas hati dengan harga ataupun penyediaan makanan di kantin.

Namun ada yang berpandangan, isu yang mahu diketengahkan bukanlah soal harga makanan, sebaliknya cara penyediaan oleh pihak kantin yang terlalu menyedihkan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 15-7-2023 06:32 PM
Sbb tu klu brng mhl jgn jual trs. Ns aym rm2 mmg tempah maut la. Mn nk lps kos
Quote Zack8hunter 15-7-2023 06:35 PM
bestnya juadah yg jual RM2.50 tu.. mmg rahmah betul
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:59 AM
yg jual rm2.50 tu best btl tgk menu dia

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.062705 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top