CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merebak Dari Seorang, Kolej Genius Insan USIM Ditutup Kerana 80 Pelajar Dijangkiti Konjunktivitis

15-7-2023 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1022| Komen: 5

80 pelajar Kolej Genius Insan (KGI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai diarahkan tutup sehingga 21 Julai berikutan 80 pelajar dijangkiti wabak konjunktivitis sejak 7 Julai lalu.

Penyelaras Hal Ehwal Pelajar KGI, Nor Adlyizan Theis berkata, pelajar yang dijangkiti mempunyai gejala gatal pada mata, mata menjadi merah, bengkak dan berair dan mereka disahkan menghidap konjunktivitis.



“Pada mulanya, hanya seorang pelajar dijangkiti pada 7 Julai lalu kemudiannya menjangkiti rakan sebilik sebelum merebak.

“Pengarah Pusat Kesihatan USIM datang membuat tinjauan pada 13 Julai lalu dan mencadangkan KGI ditutup seminggu untuk menghentikan jangkitan.

“Sehingga kini, terdapat 80 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5 dijangkiti dan kami telah meminta pihak ibu bapa untuk membawa pelajar pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini. 



Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chipsmoremore 15-7-2023 09:06 PM
musim kot.... asrama ank acik ramai yg kena, alhamdulillah ank acik selamat lg, tapi tgk gambar bdk2 tu dah mcm zombi mata merah dah bengkak.... yg ni bkn sakit mata biasa2
Quote syamzana 15-7-2023 09:22 PM
sbp anak kwn iols pun katup gak last week sbb konjunktivitis ni. pakat2 la balik blake last wednesday
tapi isnin dah bukak mcm biasa
Quote Thunderclouds 15-7-2023 09:33 PM
syamzana replied at 15-7-2023 09:22 PM
sbp anak kwn iols pun katup gak last week sbb konjunktivitis ni. pakat2 la balik blake last wednesda ...

Yup. Budak² mrsm pon sama.
Musim ni.
Harap sekolah ank iols tadak kes.
Ritu musim influenza lama mc.
Quote Sesuatu… 15-7-2023 11:33 PM
Edited by Sesuatu… at 15-7-2023 11:34 PM

Zaman aku asrama, one by one down sbb sakit mata last2 kitorg tinggal brp org je dlm kelas. Yg kelakar ade budak homesick nk balik g amek tisu dlm tong sampah yg dh guna duk kesat kt mata dia nk kena sakit mata
Quote akies 15-7-2023 11:36 PM
Moga anak2 ni cepat sembuh.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.036656 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top