Pelakon Reen Rahim mendedahkan dia mengalami gangguan emosi dan menangis semasa bercuti baru-baru ini. Difahamkan, emosinya terganggu kerana ketiadaan makanan di dalam bilik hotel.
Cerita Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 35, sejak kecil lagi keluarganya tidak pernah membiarkan dia kelaparan atau kurang tidur. Meskipun usia sudah menginjak dewasa, Reen berkata dia masih terbawa-bawa kelakuan itu. Reen berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam rakaman video dikongsi, Reen turut dilihat sedih dan memarahi suaminya kerana gagal mendapatkan makanan. Difahamkan, aktres berkenaan bersama suaminya iaitu Hafizan Ibrahim dan rakan-rakan mereka sedang menikmati percutian di sebuah kapal mewah. Dalam pada itu, Reen memberitahu dia sukar untuk tidur lena jika tidak mendapat makanan. Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini juga memberitahu kelaparan boleh membuatkan dirinya hilang pertimbangan. "Dia (suami) ingat saya ada perikemanusiaan ke kalau saya lapar? Dia ingat dia selamat ke biar saya lapar? Dia ingat dia boleh tidur dengan tenang ke kalau saya lapar? "Sampai saya meradang, dia (suami) bangun bawa saya pergi makan. Sekarang saya dah kenyang dan dia boleh tidur dengan tenang," ujarnya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT