Polis mengesahkan seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) maut dipercayai jatuh dari sebuah kondominium di Seksyen 7, di sini, petang semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, hasil siasatan kejadian jam 5.47 petang itu, pelajar warga tempatan berumur 23 tahun terbabit menuntut di sebuah IPT.
"Siasatan awal polis juga mendapati mangsa dipercayai jatuh dari tingkat empat (tempat letak kenderaan) bangunan terbabit dan tiada unsur jenayah dijumpai. "Hasil temubual dengan kakak mangsa memaklumkan bahawa adiknya mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan sakit mental kali terakhir pada 10 Julai lalu di Hospital Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ramsay berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
"Sebarang maklumat lanjut berkenaan kes ini, boleh disalurkan kepada Sarjan Mejar Shafawi di talian 011-33642465," katanya. Sumber: Harian Metro
|
jas7512 replied at 15-7-2023 05:21 PM
Krg ni belajar apa sampai deprezs...relax2 sudah....klu x fhm..baca lg..still x fhm..tanya kwn2..x b ...
jas7512 replied at 15-7-2023 05:21 PM
Krg ni belajar apa sampai deprezs...relax2 sudah....klu x fhm..baca lg..still x fhm..tanya kwn2..x b ...
jas7512 replied at 15-7-2023 05:21 PM
Krg ni belajar apa sampai deprezs...relax2 sudah....klu x fhm..baca lg..still x fhm..tanya kwn2..x b ...
ADVERTISEMENT