CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Kantou Suami Tahu Gadai Emas, Tukang Cuci Buat Laporan Palsu Diperas Ugut 'Polis'

15-7-2023 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 309| Komen: 2

Bimbang kantoi menggadai emas untuk membayar 'scammer', seorang tukang cuci sanggup membuat laporan palsu konon diperas ugut RM25,000 oleh individu menyamar polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita warga Indonesia berusia 53 tahun itu pada 22 Jun lalu.



Gambar hiasan

"Dia mendakwa dia didatangi pasangan memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta kad pengenalan ketika berada di Bandar Baru Ampang.

"Susulan itu, pada jam 6 petang Rabu lalu, polis menahan wanita terbabit di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kerana disyaki membuat laporan palsu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Azam berkata, pihaknya turut merampas salinan laporan polis asal dan tiga keping resit bank bertarikh 20 Jun lalu.

"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, manakala ujian air kencing adalah negatif dadah," katanya.


Menurutnya, soal siasat mendapati wanita itu membuat laporan palsu adalah kerana enggan berterus terang dengan suami berkaitan emas yang digadaikan untuk pembayaran kepada pihak disyaki scammer.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 384/170/182 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada kesalahan pemerasan/menyamar penjawat awam dan memalsukan keterangan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 15-7-2023 05:29 PM
apo makcik. tak ada masalah pergi cari masalah pulak
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:00 AM
hahahahaha fikir polis malaysia ni tak cerdik ka

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.267564 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top