CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berhabis RM500,000 Di Milan, Balik Malaysia Orang Kata Usahawan Melaram Barang Danau Kota Je

15-7-2023 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4520| Komen: 73

Kecoh di media sosial apabila seorang usahawan Malaysia kelihatan berbelanja mewah di Milan, Itali.

Menerusi video itu, Khairul, 31, yang juga pengusaha restoran ikan patin menghabiskan RM500,000 untuk membeli pelbagai barangan fesyen berjenama mewah.



TikTok

"RM500,000 je wak. Apabila kita beli barang RM500,000 dekat Milan. Bawa balik Malaysia orang cakap fake," ujarnya pada kapsyen video TikTok.

Turut dikenali sebagai Big Boss Ratu Patin, Khairul menghasilkan video itu demi menjawab tohmahan segelintir individu yang menganggap dia bergaya dengan barang tiruan.

"Sebenarnya saya pergi ke Milan pada bulan Mei hari tu. Dengan RM500,000 tu saya beli beg, baju, kasut dan jam tangan. Memang tujuan ke sana untuk shopping. Sekadar suka-suka saya post, tak sangka viral.

"Tapi saya memang pernah dapat komen negatif sebelum ni. Mereka kata saya pakai barangan fake yang dibeli di Danau Kota. Saya pun tak tahu Danau Kota tu kat mana.


"Saya anggap mereka sekadar nak komen untuk minta saya balas. Ada yang komen kasar, kita pun balas kasar. Tapi saya tak pernah serik dengan kecaman. Orang bisnes dah biasa kena kecam," ujarnya kepada mStar.

Menurut Khairul, dia terbuka menerima kritikan netizen namun berharap ia dapat disampaikan dalam nada yang lebih berhemah.

"Kecaman itu biasa. Kalau kita nak masuk dalam dunia media sosial, kita kena terima. Tapi pada pandangan saya, nak komen tu biarlah berpada-pada.

"Ada orang boleh terima, ada orang sampai jadi tertekan. Bayangkan ibu mengandung kena kecam, pastinya ia memberi kesan negatif kepadanya. Jadi fikir dulu sebelum komen," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Khairul berkata dia juga merupakan seorang jurutera, namun lebih selesa menonjolkan sisinya sebagai usahawan menerusi media sosial.

"Saya masih lagi seorang engineer yang terlibat secara tak langsung. Saya juga ada bisnes baja dan pokok. Tapi saya nak ketengahkan restoran ikan patin yang saya usahakan di Kuantan, Pahang.

"Saya berharap sesiapa yang singgah di Kuantan akan datang ke restoran ini. Saya nak perkenalkan makanan tradisional sebenar. Itu yang saya nak tekankan.

"Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Restoran ini pernah menerima kunjungan artis, menteri dan kerabat diraja," ujarnya lagi.

Akhir bicara, Khairul turut menitipkan pesan kepada anak muda yang mahu menceburi dunia bisnes agar terus cekal untuk mengejar impian masing-masing.

"Nasihat saya, jangan takut, jangan putus asa dan jangan iri hati dengan sesiapa. Kita juga kena ada ilmu. Ada orang tiada kesempatan sambung belajar, tapi ilmu itu ada di mana-mana.



"Contohnya boleh sertai kursus jangka masa pendek. Pembelajaran itu kena sentiasa berterusan, kena ikut peredaran zaman jika tak mahu ketinggalan," pesan Khairul lagi.

Untuk rekod, Khairul sebelum ini pernah tular apabila dia berkongsi video menggayakan baju berharga lebih RM100,000.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 15-7-2023 05:09 PM
sape plak ponen2 ni semua???
Quote Kitty_catz 15-7-2023 05:18 PM
whoryusss? next!
Quote I.K.A888990 15-7-2023 05:27 PM
tah la bang oiiii
Quote Nham22 15-7-2023 05:29 PM
Ni masuk geng tok guru mane pulekssssss...
Quote _kelly 15-7-2023 05:29 PM
money cant buy class, dek !
Quote xy_daen 15-7-2023 05:53 PM
Kenapa masih kelihatan kepam?
Quote pocongkiutss 15-7-2023 05:55 PM
Entah2 beg2 kertas brgn branded tu semua beli kt Carousell..ada yg jual preloved kan
Quote sharlenetexas 15-7-2023 06:00 PM
Milan nmpk moden skit banding bandar2 lain.


Quote midori888 15-7-2023 06:22 PM

lama tak gi Milan...ada org pakai barang murah pun nampak classy jer.. tapi ada org pakai branded still nampak buruk dan murahan...
Quote babynina30 15-7-2023 06:25 PM
Mcm kakpam angkot paperbags gi klcc, masa anak sulong baby dulu
Quote nolya 15-7-2023 07:08 PM
Kalau Kerol boleh sakan gi shopping ke Milan dgn harga Rm500,000 bererti dia dah cukup duit kena pegi haji tu. Dah wajib dah kerana ada pitih yg mencukupi. Tak ade alasan untuk kata tak mampu. Thn depan pegi haji ye Kerol.
Quote liyamariska 15-7-2023 07:11 PM
serious nampak tacky rachet dok kulu kilir pegang FD paper bag bagai...

Quote shamsadis 15-7-2023 07:12 PM
dekat Milan penuh barang made in China ueeeeeee
Quote pearl.silver 15-7-2023 07:16 PM
Lembam ke?
Ko xaham nape org kata ko pakai barang danau kota?
Sebab muka ko bukan taraf desa dah, tp lg rendah dr taraf kg org asli ulu senderut tu.
Quote cmf_premierleag 15-7-2023 07:39 PM
Untuk rekod, Khairul sebelum ini pernah tular apabila dia berkongsi video menggayakan baju berharga lebih RM100,000.

Pernah tular??? Asal aku tak tau??? tak pernah tahu pun dia ni wujud kt muka bumi nih
Quote TomyamPuteh 15-7-2023 07:40 PM
Ye bang. Ko mmg kaya. Aku percaya je.
Quote naina 15-7-2023 07:45 PM
Baju rupa apa yang 100k itu?
Gigih la dia ni berjalan bawak paper bag
Tak relax tauuu
Quote aint 15-7-2023 08:07 PM
pearl.silver replied at 15-7-2023 07:16 PM
Lembam ke?
Ko xaham nape org kata ko pakai barang danau kota?
Sebab muka ko bukan taraf desa dah, tp ...

kira dh jatuh martabat brg branded/designer bila mamat ni pakai..nmpk cikai sgt ...
Quote Perwira2022 15-7-2023 08:31 PM
B40 sangat mentaliti ko ni sotong wei

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.127184 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top