Selebriti media sosial dan usahawan, Bella Khan turut mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsi tangkap layar transaksi bank yang dibuat kepada pihak LHDN. Tangkap layar itu memaparkan Bella membuat transaksi berjumlah RM369,978.20 kepada LHDN sehingga dia dihujani pelbagai respons netizen di Twitter.
"Bayar cukai LHDN. Mari kita menangis sama-sama. Aku dah boleh beli sebuah rumah teres lagi ya dengan duit ni. "Tak apalah janji kita berkhidmat untuk negara," ciapnya menerusi Twitter pada Jumaat malam. Menjawab soalan netizen, Bella berkata bayaran berkenaan merupakan cukai untuk tahun lepas yang baru dilunaskannya. "Semua resit, purchase, relief dah habis tolak dah ni. Inilah kenyataan. "Ya saya ada ejen cukai. And ni dah habis kurang dah," jawab Bella lagi. Bella turut menyangkal tanggapan seorang netizen yang mendakwa dia perlu membayar jumlah besar kerana tidak ambil tahu tentang cukai tahun-tahun terdahulu.
"Sebab tu kita kena declare income kita dengan LHDN. Kalau tak macam ni lah. Tahu-tahu kena bayar tax dengan LHDN," tulis seorang individu. "Setiap tahun saya bayar wak. Ni last year punya sahaja," jawab Bella pula. Sungguhpun terkejut dengan nilai berkenaan, ramai netizen turut memuji Bella kerana bersikap telus dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pembayar cukai. Untuk rekod, Bella yang mengusahakan produk kecantikan dan penjagaan rambut mempunyai 1.3 juta pengikut di TikTok, lebih 800,000 pengikut Instagram dan hampir setengah juta pengikut Twitter. Sumber: mStar
|
Perawankota replied at 15-7-2023 04:02 PM
So, agak2 berapa income dia
lifeline replied at 17-7-2023 08:55 AM
banyak nya cukaiii dia
tp rumah dia lawa la
rambut dia pon lawaa teballl
kakakgarang replied at 17-7-2023 08:58 AM
tgk shelloss rasa mcm nk try product.. tapi takut sheolls overclaim mcm kakakgula
lifeline replied at 17-7-2023 09:01 AM
kakak gula tu mana
sugar*** ke?
tp kalo product sugar tu mmg overclaim hrga pon mahal
Perawankota replied at 15-7-2023 04:02 PM
So, agak2 berapa income dia
bbi25 replied at 26-7-2023 04:22 PM
produk dia mahal tapi berkesan jugaklah
lifeline replied at 17-7-2023 08:55 AM
banyak nya cukaiii dia
tp rumah dia lawa la
rambut dia pon lawaa teballl
acikku replied at 17-7-2023 10:19 AM
apa nama produk dia ni, macam nak try je. acik dah pernah try produk akak gula tu.tak di nafikan mah ...
Siputjelly replied at 8-8-2023 02:13 PM
i pakai hair tonic dia,so far menjadi. banyak baby hair tumbuh. i dah pakai 3botol
lifeline replied at 9-8-2023 10:18 AM
Yeke beb
Menariks ni mcm nk try
Iols aritu oakai yg ridzo
ADVERTISEMENT