CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hael Akur Pengaruh Khai Bahar, Tak Mampu Lawan

15-7-2023 02:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2455| Komen: 27

Penyanyi Hael Husaini mengakui bersaing dalam acara anugerah yang membabitkan undian orang ramai bukanlah kekuatan dirinya.

Hael, 35, berkata lebih lagi apabila duduk sebaris dengan penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar yang mempunyai kelompok peminat yang kuat.



"Saya sentiasa akur dengan pengaruh Khai dalam setiap anugerah yang membabitkan undian. Kami selalu bertembung dalam kategori sama.

"Khai sangat berpengaruh, jadi tewas di tangannya bukanlah satu perkara pelik. Malah, dapat bersaing dengan Khai dalam kategori sama pun sudah memadai.

"Kita perlu ingat, ABPBH adalah anugerah berkait rapat dengan peminat. Jika anda ingin menang, wajib untuk popular dan mempunyai kelompok peminat yang mega.

"Khai memiliki semua ini," katanya kepada BH Online.

Justeru, penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada peminat dalam menjalankan undian bagi ABPBH 35.


Selain Khai, Hael bolos Top 5 bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular turut bersaing dengan Amir Masdi, Haqiem Rusli dan Naqiu.


"Sejujurnya, rasa ingin menang sentiasa ada, namun saya akur ia bukan laluan mudah. Pesaing saya bukan calang orang.

"Mereka adalah penyanyi dikenali dan mempunyai kelompok peminat yang besar dan sangat berpengaruh.

"Namun, saya bersyukur masih terpilih dan diletakkan sebaris dengan nama besar yang sememangnya popular.

"Saya masih berkarya dan aktif, jadi jika peminat memilih saya untuk diletakkan dalam Top 5 bermakna saya masih relevan dan ia sangat bermakna untuk saya," katanya.

Sementara itu, Hael tidak menyangkal pencalonan dalam ABPBH 35 memberi lonjakan positif kepada kariernya, tidak kira sebagai penyanyi mahupun komposer.

Hael yang pernah dikenali menerusi penyanyi duo, Azhael berkata, pencalonan itu tidak hanya menambahkan warna dalam kerjaya seninya, malah disifatkan sebagai satu kejayaan yang membakar semangat untuk terus berkarya.


"Setiap kali tercalon dalam kelompok Top 5, ia pastinya terpahat dalam portfolio setiap anak seni kerana pencalonan akhir juga dianggap sebagai kejayaan.

"Saya selalu bernasib baik untuk acara anugerah yang tidak membabitkan undian. Jadi, saya sebenarnya sangat kerdil berbanding yang lain untuk ABPBH 35 ini.

"Namun, saya tahu masih ada peminat dan dihargai," katanya yang akan tampil dengan lagu Bintang yang juga runut bunyi kepada drama berjudul Bintang terbitan TV3.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-7-2023 03:37 PM
tapi kalau dedua bergabung mesti meletoppppp....

top n bottom gittuhh...

boleh buat BL series dan fan meeting gittuhh ala2 thailand...

Quote anony-mous 15-7-2023 03:40 PM
Kategori ni iols undi amir masdi
Quote anony-mous 15-7-2023 03:40 PM
Kategori ni iols undi amir masdi sbb suara heols sedap
Quote OshinDaSolja 15-7-2023 03:48 PM
klau Khai Bahar dengan oppa ni iollz pilih oppa ni.... Khai Bahar nmpk mcm agak desa skit la sorry fans heollz ni cuma pendapat iollz saje ye... oppa ni nmpk urban skit walaupun copy ori...
Quote lipasterbang 15-7-2023 03:57 PM
anony-mous replied at 15-7-2023 03:40 PM
Kategori ni iols undi amir masdi  sbb suara heols sedap

Sama..iols pun pilih amir masdi sbb dia underrated, yg lain tu overrated????
Quote codenamedream 15-7-2023 06:02 PM
dudaberhias: tapi kalau dedua bergabung mes ...


Macam dedua bottom jer.. Menonggeng sampai asar nanti.
Quote rayray28 15-7-2023 06:04 PM
OshinDaSolja replied at 15-7-2023 03:48 PM
klau Khai Bahar dengan oppa ni iollz pilih oppa ni.... Khai Bahar nmpk mcm agak desa skit la sorry f ...

Laaa copy ori eh hahaha..yg orinya siapa plak?
Quote dudaberhias 15-7-2023 06:40 PM
codenamedream replied at 15-7-2023 06:02 PM
Macam dedua bottom jer.. Menonggeng sampai asar nanti.

Takpe masih boleh function... Boleh menonggeng sampai ke subuh sambil buat yoga turun naik bunggung atas katil...


Quote codenamedream 15-7-2023 06:43 PM
dudaberhias replied at 15-7-2023 06:40 PM
Takpe masih boleh function... Boleh menonggeng sampai ke subuh sambil buat yoga turun naik bunggun ...

Ada video contoh tak kaka duda?
Quote dudaberhias 15-7-2023 07:05 PM
codenamedream replied at 15-7-2023 06:43 PM
Ada video contoh tak kaka duda?

Ahahaha takde la pulak... Nanti iols sediakan video sekali...

Tapi iols kesian dekat dedua ni... Tak semua pondan minta di lahirkan di dunia agittuhhh!

#KementerianHalEhwalPondan prihatin yach

Quote woven11 15-7-2023 07:43 PM
Haqiem rusli pernah kalah kan khai bahar dua kali.. sekali menang terus dapat bintang popular. Hael tak mustahil… xpe la hael.. takat abp dh tak relevan.. iols vote amir masdi edisi kali ni
Quote apikwaeh 15-7-2023 07:50 PM
anony-mous replied at 15-7-2023 03:40 PM
Kategori ni iols undi amir masdi  sbb suara heols sedap

Lagu amir dalam album terbaru not bad. Ada suara jantan. Rasa best jugak lagu ciptaan edry walau guna template KRU ????
Quote anony-mous 15-7-2023 09:13 PM
apikwaeh replied at 15-7-2023 07:50 PM
Lagu amir dalam album terbaru not bad. Ada suara jantan. Rasa best jugak lagu ciptaan edry walau g ...

Jom uols undi amir masdi. Lg 1 jgn lupa undi sofyank. Both ni talented tp ramai xnmpk lg
Quote lina21 15-7-2023 11:05 PM
Mesti khai bahariah jugak ke menang?
Bagi amirah masdi la menang pulak tahun ni
Quote September14 15-7-2023 11:11 PM
Amir masdi is better
Quote rayna_raynes 15-7-2023 11:14 PM
Kalau anugerah terbaik, mungkin Amir Masdi atau Haqiem boleh menang.

Tapi kalau anugerah popular, memang takde yang boleh lawan fanbase Khai Bahar.
Fans Hael tak seramai fans Khai atau Haqiem.
Quote OshinDaSolja 16-7-2023 06:52 PM
rayray28 replied at 15-7-2023 06:04 PM
Laaa copy ori eh hahaha..yg orinya siapa plak?

yang original dkt Seoul sana... tp tu la nk kata original pun tak jugak hahaha...
Quote cahaya_almas 16-7-2023 06:55 PM
Tulah ubah sgt muka...peminat pun dh lari..huhu...hrp org lain menang lah..klau boleh biar betul2 lellaki sejatilah....huhu...
Quote rayna_raynes 16-7-2023 11:53 PM
cahaya_almas replied at 16-7-2023 06:55 PM
Tulah ubah sgt muka...peminat pun dh lari..huhu...hrp org lain menang lah..klau boleh biar betul2 le ...

rasanya skrg fans dia lg ramai dari dulu. dulu rupa dia kekwat sikit, fan club pun seciput

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042116 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top