CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nama Idzham Ismail Kena Petik Selepas Tular Gosip Shakilla Khoriri Dengan Suami Orang

15-7-2023 02:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5188| Komen: 22

Tiada angin, tiada ribut, nama pelakon Idzham Ismail tiba-tiba sahaja dikaitkan dengan gosip yang mendakwa aktres Shakilla Khoriri mempunyai hubungan dengan suami orang.

Menafikan perkara itu, pemilik nama sebenar, Muhammad Idzham Ismail, menegaskan dia bukanlah individu yang dikaitkan dengan Shakilla itu bukan dirinya seperti mana diperkatakan oleh banyak pihak.



"Orang itu bukan saya. Mungkin sebab nampak persamaan dari segi bentuk wajah, tinggi dan badan disebabkan mukanya dikaburkan.

"Ada beberapa video yang dimuat naik di sosial media kaitkan nama saya. Jadi lebih baik saya jernihkan keadaan dan beritahu individu itu bukan saya," katanya kepada mStar.

Pelakon ini turut berkongsi luahan sama dalam beberapa hantaran di Insta Story miliknya pada Sabtu.

Tambah Idzham dia pada awalnya hanya mengabaikan gosip tersebut, namun terpaksa tampil memberi penjelasan selepas ramai yang mula bertanya kebenarannya.


"Pada mulanya saya memang abaikan sahaja, namun apabila ramai yang mula tag nama saya, jadi rasanya ia semakin serius. Bukan itu sahaja, ada juga yang bertanya apabila berjumpa," ujarnya.


Kata Idzham lagi, gosip yang timbul itu sedikit pun tidak memberi kesan terhadap rumah tangganya bersama isteri iaitu Siti Nur Nabilah Shamsudin.

Malah wanita itu juga sering mengingatkan Idzham supaya tidak ambil pusing dengan cerita tidak betul sebegitu dan lebih memberi fokus kepada kerjaya.

"Saya sibuk dengan penggambaran dan habis kerja selalunya balik rumah. Kalau ada masa saya akan buat aktiviti berkuda. Jadi isteri tahu apa yang saya lakukan.

"Dia pun nasihatkan saya supaya tidak ambil serius tentang hal ini. Cuma perlulah betulkan keadaan supaya tidak berlarutan," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-7-2023 02:51 PM
ya ampunnnnn... takkan lah ada yang boleh ingat tu heolsss...
tak nampak ke heols lebih herlok mancung terletak tang telinga tu....

yang laga2 pipi tu takde pun nampak mancung tang telinga...

Quote shernazz 15-7-2023 02:53 PM
Kelas gitchuu
Aktiviti berkuda
Quote anony-mous 15-7-2023 02:57 PM
Entah la mcm lg jah. Laki skandal sheol nmpk lg herlok
Quote codenamedream 15-7-2023 03:04 PM
Warna pun beza
Quote rayray28 15-7-2023 03:10 PM
Hahaha betul ke ni ada yg samakan? Ke sendiri je perasan and buat statement?
Quote kerani_je 15-7-2023 03:25 PM
rayray28 replied at 15-7-2023 03:10 PM
Hahaha betul ke ni ada yg samakan? Ke sendiri je perasan and buat statement?

Betul ada dekat tiktok yg sama kn..org speku die..org ckp artis yg bini nye stewardess tu..Siap ada yg tag die..
Quote OshinDaSolja 15-7-2023 03:58 PM
kesian dkt beliau ni kena tuduh mcm tu... entah betul entah tidak... hopefully tak betul la... wife heollz pun lawa dan cantik
Quote little_sis 15-7-2023 04:17 PM
Lawa la wife dia ni..
Quote rayna_raynes 15-7-2023 05:58 PM
rayray28 replied at 15-7-2023 03:10 PM
Hahaha betul ke ni ada yg samakan? Ke sendiri je perasan and buat statement?

ada. aku ada jumpa a few videos yg kata idzham skandal shakila ni. sebab tu la aku tetiba boleh tergoogle pasal dia ni padahal selama ni tak kenal haha

Quote rayray28 15-7-2023 06:01 PM
rayna_raynes replied at 15-7-2023 05:58 PM
ada. aku ada jumpa a few videos yg kata idzham skandal shakila ni. sebab tu la aku tetiba boleh te ...

Oo bagus gk kan..dpt laa sket dia dikenali kalau x nam hado.sedikit sbyk tembias dpt gk laa walau cite x best
Quote beatgirlX 15-7-2023 07:21 PM
Dia ni bsrlakon bagus cuma x fames je.. Tapi korg pun.. Kan kaler lain tuuu
Quote mawardia 15-7-2023 07:23 PM
Eh. Bukan dgn Panjang la. Kesian Panjang kena fitnah. Dia syg gila anak bini dia kot.
Quote Rotipitadaging 15-7-2023 07:39 PM
Hmm mcm skandal tu bertiang lg ensem je drpd ceplos....
Quote fadz84 15-7-2023 08:44 PM
Bini dia ni stewardess MAS klu x silap..
Quote selipar_hijau 15-7-2023 11:03 PM
Dh berenti Mas ke wife nya?
Quote Perawankota 15-7-2023 11:22 PM
Bukan dia lah.. Dia ni tinggi tapi kepam sikit.. Mamat tu encem
Quote slyfynx 15-7-2023 11:48 PM
Badan leh tahan mamat ni
Quote caramel_cloud9 16-7-2023 12:05 AM
Bukan nak racist. Tapi tgk warna kulit pun da tau lain
Quote Budakmomok 16-7-2023 08:11 AM
Bentuk telinga pun lain. Bodonye yg menanya tu punnn

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.138746 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top