CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mat London Pernah Kagum Dengan Syamsul Yusof Kerana Mempunyai Bakat Yang Besar,"-Yusof Haslam

15-7-2023 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 625| Komen: 4

Datuk Yusof Haslam menyifatkan Allahyarham Mat London sebagai seorang individu yang sangat merendah diri, mudah berkawan dan sangat mudah didekati.

Berbeza usia lima tahun dengan arwah Yusof berkata, Mat London atau nama sebenarnya Ahmad Ibrahim, 74, tidak pernah merasakan dirinya lebih senior dan hebat daripada orang lain.


“Anak saya buat filem pun dia pernah cakap pada saya kena gilap bakat mereka. Dia juga pesan industri filem perlu anjakan dan orang lama perlu bagi peluang pada anak muda.

“Saya masih ingat semasa kejayaan tiga filem Syamsul, dia adalah antara individu yang mengagumi anak saya dan cakap Syamsul ada bakat besar,” katanya mengenali arwah yang pernah bekerja di sebuah syarikat iklan, pada awal 1980an.

Foto: Utusan

Sementara itu, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri bangga kerana pernah bekerjasama dengan arwah sejak dia mula berlakon ketika zaman kanak-kanak.


Kongsinya, arwah pernah mengarah dua drama berjudul 2 petang dan Larut semasa dirinya membintangi naskhah tersebut.

“Kalau ikut sejarah, saya bersama arwah sejak kecil lagi. Masa drama 2 petang, arwah Mamat Khalid ialah penulis skrip, Mat London pula sebagai pengarah.

“Saya ini kira membesar dengan nama-nama hebat sampai berlakon bersama dalam drama bersiri Kampung Pisang. Naskhah itu dapat mengumpulkan pelakon-pelakon lama dan hebat.

“Mereka adalah pelakon yang saya tonton sejak kecil. Saya pun jadi hairan kerana akhirnya dapat berada dengan mereka sekali dalam satu drama,” katanya.

Pada sama sama, Bell menyifatkan arwah sebagai individu yang kelakar serta pelakon senior yang sangat dihormati dan disegani.

“Arwah masih bertenaga untuk berlakon ketika di set penggambaran. Pengalaman dengan arwah seronok.

“Saya pernah duduk serumah semasa penggambaran bersama arwah. Sebab itu, kami jadi sangat rapat dan sayang antara satu sama lain,” kongsinya.

Sejak arwah dimasukkan ke hospital bulan lalu, Bell berkata, dia berniat untuk menziarahi arwah namun hajat tersebut tidak kesampaian kerana ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_strangers 15-7-2023 02:14 PM
Bak kata tintimah mak kandung sol...sol berjaya sbb family...n skrg makin jatuh sbb rohingya the kazarian
Quote Manusiabesa 15-7-2023 02:38 PM
Bakat apa? Bakat celah mana? Mat kilau pun camera shaking, jln cerita mcm sejarah ting 5.munafik? Hantu nmpk tali, x abis2 adiput$a calit 2 tanda hitam kt dahi, tgn kira tasbih. Siap pakej syok sendiri, director jdi hero. Ending? Tgkap hantu masuk dlm botol kaca kdai eco rm2.40. Gila la.bakat celah mana. bakat bg org derita kot. Satu lg  bakat jd anak derhaka xkenang budi. Patut kena hntar p pusat pemulihan akhlak cwgn sabak bernam.
Quote shernazz 15-7-2023 03:16 PM
Ye lah..berbakat masa tu jelah..
Skang ni..dok ulang2 yang Sama
Gangster
Tu jelah Sampai mampos
Quote Blessed_Servant 15-7-2023 04:29 PM
Semua filem dia hauk. Tak boleh nak layan sampai habis pun. Duit banyak bapak payung apa pun boleh. Kena pulak ummah melies memang tahap tu je mentaliti suka rempit2, suka crita2 hantu. Filem2 adik dia tu berbaloi sikit nak tengok. Nampak cerdas sikit IQ nya.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.035028 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top