CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Sindrom Down, Bella Dalam Proses Sesuaikan Diri Di JB- Che Puan Khaleeda

15-7-2023 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 581| Komen: 1

JOHOR BAHRU: Remaja perempuan Sindrom Down, Bella sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran yang baharu di Johor Bahru.

Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam berkongsi perkara tersebut selepas meluangkan masa menyantuni kanak-kanak berusia 13 tahun dalam satu majlis tertutup di sini.


Che Puan Besar Khaleeda bertitah, remaja perempuan itu yang sebelum ini menjadi mangsa dera yang mencetuskan sensasi telah dipindahkan ke daerah ini.

Foto: IG

“Pada masa ini, adik Bella sudah dipindahkan ke Johor Bahru dan sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran yang baharu.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan perkara ini khususnya Exco Wanita, Keluarga & Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Khairin-Nisa Ismail serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor. Allah Berkati Johor,” titah baginda.



Menerusi hantaran di laman Facebook dan instagram miliknya, Che’ Puan Besar Khaleeda berkongsi beberapa keping gambar ketika meluangkan masa melawat Bella dan rakan-rakannya.

Remaja sindrom down itu sebelum ini mengalami kecederaan seperti melecur di tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama di tubuhnya ketika berada bawah jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

Che’ Puan Khaleeda merupakan antara individu yang lantang memperjuangkan kes penderaan kanak-kanak ke atas insan istimewa seperti Bella yang dianiaya dan diabaikan. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 15-7-2023 04:32 PM
bagus2, semoga semua bini2 or anak2 sultan yg lain pun turut aktif mcm si cp khaleeda ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.179994 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top