CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Tunggu Berjam-Jam Di Klinik, Pesakit Tembak Mati Pakar Bedah

15-7-2023 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 427| Komen: 2

Washington: Seorang pesakit tembak mati seorang pakar bedah di bilik pemeriksaan klinik di Collierville, Tennessee, Amerika Syarikat (AS), dalam serangan yang difahamkan memang sudah disasarkan terhadap mangsa.


Ketua Polis Collierville, Dale Lane berkata, suspek Larry Pickens, 29, dilaporkan menunggu pakar bedah Dr Benjamin Mauck selama beberapa jam di klinik ortopedik Klinik Campbell.

MetroUK melaporkan, Pickens melepaskan tembakan ke arah Mauck dan kemudian cuba berlari keluar dari premis itu.

Larry Pickens (kiri) didakwa membunuh Dr Benjamin Mauck (kanan). Foto: Metro UK

Beberapa minit kemudian, polis tiba di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang Selasa lalu, dan menahan Pickens tanpa sebarang insiden kekerasan di pintu masuk klinik.

Motif tidak jelas, tetapi polis berkata, Mauck memang sudah menjadi sasaran Pickens.

"Teruknya. Ia mengerikan. Ia dahsyat," kata Lane seperti dilaporkan WMBF News.


Polis pada pagi Rabu mengenal pasti Pickens berasal dari Memphis, dan berkata, suspek didakwa kerana membunuh Mauck dengan hakim menetapkan jaminan AS$1.2 juta (kira-kira RM5.43 juta).

Pickens tidak mempunyai rekod jenayah dengan Jabatan Polis Collierville, namun pihak berkuasa itu sedang menyemak sebarang sejarah jenayah lampau membabitkan suspek dengan agensi penguatkuasaan undang-undang lain.

Seorang saksi mendakwa lelaki bersenjata itu pernah mengancam seorang kakitangan di klinik berkenaan sejak seminggu lalu, kata Ketua Minoriti Senat Tennessee Raumesh Akbari pada Selasa.

Perbicaraan Pickens dijadualkan pada Khamis di Mahkamah Bandar Collierville.

Mauck lulusan dari Kolej Perubatan Tennessee adalah seorang pakar dalam pembedahan siku, tangan dan pergelangan tangan, menurut biografi Ortopedik Klinik Campbell.

Mauck meninggalkan balunya Rhiannon dan dua anak mereka.

Tragedi tembakan maut di Klinik Campbell yang terletak kira-kira 48 kilometer di timur pusat bandar Memphis itu masih dalam siasatan pihak berkuasa. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 15-7-2023 02:12 PM
Hensem doc tuu manyak lugiii
Quote I.K.A888990 15-7-2023 03:06 PM
adoi la mmg tak pasal2 msk dalam

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.226554 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top