CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergaduh Dalam Lif Mall- Berdarah-Darah Kepala Bayi, Warga Emas Hilang 3 Batang Gigi

15-7-2023 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2085| Komen: 22

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 71 tahun hilang tiga batang gigi selepas bergaduh di dalam sebuah lif pusat beli-belah Tampines di Singapura.

Menurut anak perempuannya, kejadian berlaku ketika dia bersama ibu bapanya, seorang rakan serta seorang anak perempuan berusia 17 tahun menaiki lif untuk turun dari Aras 4 ke tempat letak kereta di Basement 2.


Mothership melaporkan, apabila lif berhenti di Aras 3, sepasang suami isteri masuk bersama dua kanak-kanak kecil dan seorang bayi di dalam kereta sorong. Kereta sorong itu secara tidak sengaja bergerak ke arah kaki warga emas itu. 


Foto: Mothership

Warga emas itu meminta mereka mengalihkannya namun, permintaan itu menimbulkan kemarahan ibu bayi tersebut. Dia berkata: “Jika tidak puas hati, gunakan eskalator.”

Anak perempuan warga emas itu berkata ‘lif ini bukan milik kamu’. Dua wanita itu terus bertengkar sebelum warga emas itu mengangkat tangan untuk cuba menghentikanya. 


Bagaimanapun, tindakan itu disalah tafsir si bapa sebagai percubaan untuk mencederakan bayinya. Dia didakwa memukul warga emas itu berkali-kali.

Selepas lif itu turun ke Aras 1, pengunjung pusat beli-belah cuba meleraikan pergaduhan. Warga emas itu mengalami lebam di pergelangan tangannya, manakala tiga batang giginya yang bergoyang akibat diserang terpaksa dicabut. 

Seorang pemilik kedai berkata, bayi itu menangis dengan kuat ketika kejadian dan dahinya berdarah. Pasukan paramedik telah menghentikan pendarahan dan membawa bayi itu ke hospital.

Bapa bayi itu memberitahu, keluarga warga emas itu kurang senang apabila mereka masuk ke dalam lif bersama kereta sorong bayi. Ini mencetuskan pertengkaran di mana empat wanita memukul isterinya.

Selepas itu, warga emas tersebut didakwa menterbalikkan kereta sorong, menyebabkan bayinya yang berusia setahun cedera di dahi dalam proses itu. Polis kini menyiasat kes itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 15-7-2023 01:10 PM
Haha.. Feswelkantri le sangat..
Quote sukacactus 15-7-2023 02:07 PM
Apek kalau xleh kongsi lif tu dgn org, sila dok umah je ok
Quote antikorok 15-7-2023 02:22 PM
Ummah negara kelas pertama lapaq kebuloq minyak subsaydee tanah ayer yinni yg dikutuk2 mereka tapi tak malu hadap jugek datang sambil isi minyak samb goyang inul kereta bagi penoh tangki kemudian bawak kereta seropa babiss ibliss terlepas kandang tersenyum siniss gaytuh
Quote tikusmontok 15-7-2023 02:23 PM
Itu dia perangai negara bertamadun
Quote grouper 15-7-2023 02:35 PM
Ingat negara konoha rupanya negara terpaling first world...
Quote _blackbird 15-7-2023 02:45 PM
entah siapa yang salah.... ku tak tahu....
Quote I.K.A888990 15-7-2023 03:01 PM
tah apa2 benda kecik nak.gadohh
Quote ilacantik 15-7-2023 03:05 PM
Bangsa apakah itu? Tapi kalau chuols cikcur ke singapore, memang sekarang banyak orang stress tau. Yg mengamuk dalam bas sorang2 pun ada, yang paling banyak, geng berbual sendiri. Banyak betul tekanan hidup.
Quote Skuau 15-7-2023 04:23 PM
antikorok replied at 15-7-2023 02:22 PM
Ummah negara kelas pertama lapaq kebuloq minyak subsaydee tanah ayer yinni yg dikutuk2 mereka tapi t ...

fuh!....kalah mentera nyindon ejati....
Quote OshinDaSolja 15-7-2023 04:23 PM
haha what a first world country... "we are the richest we are the greatest we are the most advanced"..."Malaysia you guys third world country only maa go to hell laa".."your Ringgit sucks, we can borong everything you know"..."your petrol is ours, your highway is ours" .."your country is our playground only maa place to enjoy2 do some shit around"... sekali kita potong air, cut food supply baru menggelupur sekor2 mcm babi nk kena lapah... dasar tak sedar diri punya kiasu haramjadah...
Quote Kurex 15-7-2023 04:26 PM
Leluhur parashit
Quote krustykrab 15-7-2023 04:31 PM
Warga emas gadoh dgn pemilik anak naik stroller

Yg naik dgn stroller tu, awat la tk lipat je stroller. Bukannya ko kna duduk dlm lif tu lama mana pun.
Quote CiliPadiSedap 15-7-2023 04:42 PM
chauvanis fisworldkantin
Quote cranell 15-7-2023 05:00 PM
benda boleh gaduh buat apa bincang
Quote pooh~key 15-7-2023 05:03 PM
Akak sokong jah bayi umittew diterbalikkan sisss… BAYI tulah puncanya theols bergasak dek. SIAL punya babi, eh maksud akak bayi, dekkkk….
Quote jfq 15-7-2023 05:04 PM
Pressure dok negara kecil pusing2 kat situ
Kalau aku pun lemas
Kena kluar jalan jauh2 utk healing. Bak kata bbnu
Quote jfq 15-7-2023 05:05 PM
Cctv kan ada
Boleh bukti kan betul ke atok tu terbalikkan stroller tu
Quote pooh~key 15-7-2023 06:04 PM
Bayi itteww bawak sial dek…
Quote pooh~key 15-7-2023 06:05 PM
jfq replied at 15-7-2023 05:04 PM
Pressure dok negara kecil pusing2 kat situ
Kalau aku pun lemas
Kena kluar jalan jauh2 utk healing. B ...

Singapore tak ada flight nak pergi jejauh ke dek?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.061204 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top