CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kesepian Ditahan Polis Sebab Suka Telefon Bomba

15-7-2023 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 788| Komen: 15

Polis Jepun menahan seorang wanita pada Khamis kerana membuat 2,761 panggilan kecemasan yang tidak diperlukan dalam tempoh dua tahun sembilan bulan.

Menurut The Straits Times yang memetik laporan The Mainichi, polis wilayah Chiba menahan Hiroko Hatagami, seorang penganggur yang tinggal di Matsudo, sebuah bandar yang terletak di timur Tokyo, kerana disyaki membuat panggilan untuk operasi tidak berkeperluan jabatan bomba tempatan.


Hatagami dituduh berulang kali membuat panggilan kecemasan dari rumah dan kejiranannya.


Gambar hiasan

Suspek berusia 51 tahun itu dilaporkan mengakui dakwaan itu, dan dipetik memberitahu penyiasat: "Saya kesepian dan mahu seseorang mendengar saya dan memberi perhatian kepada saya."

Semasa panggilan kecemasan itu, dia dikatakan mengadu pelbagai perkara termasuk mengenai sakit perut, terlebih pengambilan dadah dan sakit kaki.


Menurut laporan itu, dia meminta Jabatan Bomba Matsudo untuk menghantar ambulans ke rumahnya antara 15 Ogos 2020 dan 25 Mei tahun ini.

Apabila ambulans tiba, dia dilaporkan enggan diangkut dan berkata: "Saya tidak mahu menaiki ambulans... Saya tidak membuat panggilan."

Walaupun menerima amaran daripada bomba dan balai polis supaya berhenti membuat panggilan yang tidak perlu, dia terus berbuat demikian.

Kejadian sama pernah berlaku pada 2013 apabila polis Jepun menahan seorang wanita kerana membuat lebih 15,000 kali panggilan kepada pihak berkuasa dalam tempoh enam bulan.

Polis berkata, mereka sudah pergi ke rumah wanita berusia 44 tahun itu kira-kira 60 kali sebelum menangkap individu berkenaan.

Pegawai polis dilaporkan berkata, panggilan wanita itu bukan sebab kecemasan, sebaliknya dia mungkin terlalu sunyi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 15-7-2023 01:00 PM
Haha aku baru nak panggey si ipan tapi hanat..  Bukan pompuan sini rupenye..
Quote mojarean_X 15-7-2023 01:13 PM
Kt sana x de cari porem ke utk mereka melepaskan kesepian?
Quote _blackbird 15-7-2023 02:50 PM
               
Quote I.K.A888990 15-7-2023 02:58 PM
alahai makcik
meh ler kita berbual meh
Quote antikorok 15-7-2023 03:06 PM
Wanita bujang tanah ayer memileh huntok kekal single jomblo happyeh tersenyum sinisss
Quote hokeypokey 15-7-2023 04:50 PM
punya banyak social media, nk main telefon bomba jugak kenapa?????? aneh2 perangai
Quote rospinki 15-7-2023 07:28 PM
Trgt masa belasan tahun aku dgn adik main public phone kt depan kedai kitorg call bomba skli bomba tu reply benda lucah terus ketakutan balik. Kt dalam porem pon aku nmpk ada jgak org sakit jiwa mcmni

Acah² sindrom
Quote CiliPadiSedap 15-7-2023 07:31 PM
mojarean_X replied at 15-7-2023 01:13 PM
Kt sana x de cari porem ke utk mereka melepaskan kesepian?

jangan nanti dia gaduh dengan bipolar journey, cukup2lah 6 ekor tu bergaduh dalam setiap thread
Quote edayildiz 15-7-2023 07:57 PM
masa i kecik..weols suka call no yg kt paper utusan..mcm dgr lagu ..lupa la apa..bila call dgr lagu
Quote sharlenetexas 15-7-2023 08:03 PM
Aku sunyi!


Quote sharlenetexas 15-7-2023 08:05 PM
Dulu sempat gak jawab panggilan kecemasan. Ada yg betul2 kecemasan. Yang nak berkenalan ada. Yang tengah sangap pun ada.

Quote sharlenetexas 15-7-2023 08:06 PM
Ada lelaki mabuk kt jalan dobi call talian kecemasan. Dia nk balik rumah ke apa tah. Banyak kali dia call.



Quote kakikuDibibirmu 16-7-2023 02:36 AM
sharlenetexas replied at 15-7-2023 08:03 PM
Aku sunyi!

Takkan order satu saja, orderlah dua, nanti insha alla saya boleh temankan adimanisssss
Quote kakikuDibibirmu 16-7-2023 02:57 AM
Bestnya main pili air abam bomba
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:54 AM
xda kerja cari kerja, xda penyakit cari penyakit…. mcm2 hal

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.039931 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top