CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DS Vida Mengaku Dulu Tunggang Populariti The Red Warriors "Sekarang Sanggup Berebut Nak Beli Sebab Sayang Pasukan"

15-7-2023 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 615| Komen: 8

KOTA BHARU – Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menegaskan hasratnya untuk membeli Kelantan FC kerana sayangkan pasukan tersebut dan bukan lagi untuk kepentingan perniagaan semata-mata.


Vida mengakui beliau pernah meletakkan The Red Warriors (TRW) semata-mata untuk kepentingan dan strategi perniagaan ketika menjadi penaja utama pasukan Kelantan pada 2016 lalu.

Foto: Kosmo

“Kali ini, saya buat betul-betul kerana rasa sayang kepada pasukan dan bukan atas kepentingan atau strategi perniagaan saya semata-mata. Ketika syarikat saya menjadi penaja utama Kelantan dahulu, memang kami menunggang populariti TRW.

“Tetapi kali ini saya sudah mempunyai satu pasukan daripada kalangan profesional untuk menguruskan Kelantan FC dan tidak lagi berseorangan seperti dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan Liga Super: Kelantan FC melawan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.


Mengulas lanjut, beliau sudah membuat dua perjumpaan bersama pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkaitan urusan pembelian kelab, tetapi memerlukan sedikit masa lagi untuk mencapai persefahaman dan perbincangan.

Menurutnya, dia tidak mahu terburu-buru dalam perkara tersebut bagi mengelakkan berlaku kejadian yang boleh menyebabkan Kelantan FC berada dalam situasi terumbang-ambing.

“Saya tidak mahu terburu-buru apabila sebelum ini hanya mengurus pasukan dalam tempoh dua tahun. Kali ini tidak boleh dan sekurang-kurangnya kita mesti melihat untuk 10 tahun akan datang.

“Perbincangan dengan Norizam boleh dikatakan mencapai 50-50 daripada aspek klausa untuk pengambilalihan. Bagaimanapun bagi saya nilainya tidak boleh mencecah RM15 juta kerana kos itu tinggi selain pasukan ini memerlukan usaha pemulihan berfasa,” katanya.

Dalam pada itu, Vida dapat merasakan Norizam masih mempunyai rasa sayang kepada Kelantan FC kerana sudah banyak perkara dilaksanakan terhadap pasukan tersebut.

“Selepas dua kali perjumpaan, saya dapat rasa Norizam masih sayangkan Kelantan FC. Beliau sudah banyak melabur dan saya pula tidak mahu tanggung banyak hutang kerana untuk meneruskan juga memerlukan kos yang besar,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-7-2023 01:26 PM
dengar boleh... percaya jangan...
jap lagi di janji kan macam2... hujung2 menipu...

ni nak taja ni sekadar nak perabihkan duit scam pelabur la vida coin lagi ke tu...

Quote CiliPadiSedap 15-7-2023 02:15 PM
dudaberhias replied at 15-7-2023 01:26 PM
dengar boleh... percaya jangan...
jap lagi di janji kan macam2... hujung2 menipu...



hotel ni dh siap ye?
Quote Diamondmoney 15-7-2023 02:17 PM
Pegi pulangkab duit org yg ko tipu vida coin tu la hanat. Ada jgk pekdahnya
Quote luc 15-7-2023 02:20 PM
Mungkin betul. Dia pun dah semakin tua. Mungkin dah matang walaupun lambat. Proses kematangan tu berbeza dari individu ke individu.
Quote Buritan 15-7-2023 02:21 PM
Diamondmoney: Pegi pulangkab duit org yg ko  ...


Mana ade tipuuu.. derang yg bodoo.. Kata bidah kat akuuuu..  tp nape polis tak tgkp. Bidah
Quote ezacbee 15-7-2023 02:22 PM
Dulu abis semua ko pink kan. Orang camni klo sembang susah nak caya..


Quote sleepandream 15-7-2023 07:21 PM
stadium dekat kelantan tu skrg mmg dah pink ke?
Quote Selubung 15-7-2023 08:19 PM
Ye laa tuuuu
Cakap je laa kau kedekut nk publisiti je

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.162982 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top