CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Nilai Pada Poster, Pergi Beli Tiket Tengok Apa Ada… Insya-Allah" - Fizz Fairuz Akhirnya Buka Mulut

15-7-2023 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 943| Komen: 12

Datuk Fizz Fairuz akhirnya membuka mulut mengenai membuka mulut dan memberi kenyataan balas berhubung kritikan terhadap poster filem terbaharu terbitan dan arahannya, Mat Tudung Begins.

Pelakon dan produser itu berkata, orang ramai tidak seharusnya menilai terlalu awal dan perlu melihat pengisian filem terlebih dahulu.


“Jangan nilai pada poster, pergi beli tiket tengok apa yang ada… insya-Allah,” katanya kepada Gempak.


IG/Gempak

Berbicara lanjut mengenai filem, Fizz berkata, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk menerbitkan semula filem Mat Tudung yang pernah dijayakan sekitar sembilan tahun lalu.

“Saya ada tanya pada pihak penerbit sebelum ini sama ada nak sambung atau tidak, tetapi tiada jawapan daripada mereka.

“Mungkin sebab kekangan bajet atau ada sebab-sebab lain. Memang saya berminat nak buat sambungannya, cuma ia di bawah produksi Showbiz dan ambil masa juga nak minta kebenaran untuk pembikinannya,” katanya.


Jelas Fizz, setelah menunggu agak lama, akhirnya dia mendapat kebenaran daripada Datuk Norman Abdul Halim selaku penerbit Mat Tudung untuk menerbitkan judul itu sendiri pada Mei 2022.

Begitupun, Fizz menjelaskan untuk filem tersebut, ia bukanlah kesinambungan kepada jalan cerita filem pertama.

“Akhirnya hasrat saya ini terlaksana setelah saya dapat kebenaran untuk terbitkan sendiri, tetapi bukanlah Mat Tudung 2. Ia adalah prekuel yang bermakna kisah yang berlaku sebelum Mat Tudung pertama dan sebab itu tajuknya adalah Mat Tudung Begins.

“Filem ini akan menjelaskan tentang bagaimana Johari boleh belajar menjadi Mat Tudung dan rakan yang mencetuskan idea menyebabkan dia menyamar,” ujarnya.

Menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Damansara dan Genting Highland, Fizz berkata, Mat Tudung Begins masih mengangkat tema cerita sama iaitu tentang seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita untuk menyelesaikan masalah yang melanda sebuah keluarga.

Dalam pada itu, Fizz menyatakan filem pertama arahannya itu menyajikan sebuah jalan cerita yang menarik serta sarat dengan elemen-elemen komedi yang mampu menghiburkan penonton.



“Bagi filem Mat Tudung Begins ini, saya percaya ia lebih kelakar berbanding yang sebelumnya dan saya yakin penonton akan rasa terhibur. Selain itu, saya juga menampilkan barisan pelakon-pelakon yang hebat dan turut diserikan lagi dengan kemunculan dua orang influencer terkenal,” kongsinya.

Lebih menarik lagi, Mat Tudung Begins turut menampilkan barisan artis popular seperti Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud, Kazar Saisi serta dua influencer popular media sosial iaitu Maryam Durian Kimchi dan Mimi Peri. 

Mat Tudung Begins mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Johari yang bekerja di sebuah hotel. Hotel tempat dia berkerja bakal menerima kedatangan juri The Forbest – iaitu sebuah badan penilai yang akan membuat penilaian sama ada hotel berkenaan layak mendapat tambahan bintang atau tidak. Namun pihak hotel diberitahu bahawa juri akan datang secara rahsia dan membuat penilaian selama satu minggu.

Hal ini sangat menggusarkan Abang Gee iaitu pengurus hotel tersebut. Kemudian Johari bersama rakan sekerjanya, Sabri mula mengesyaki bahawa sebuah keluarga yang datang menginap di situ merupakan juri The Forbest kerana lagak dan gerak-geri keluarga bersama anak mereka sangat mencurigakan dan mereka tidak kelihatan seperti keluarga yang sebenarnya.

Johari juga cuba mendekati Neesa anak kepada keluarga itu, tetapi gagal. Akhirnya Johari menggunakan kaedah menyamar menjadi seorang wanita bertudung bernama Johana, semata-mata mahu rapat dan mendekati Neesa.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laicibiru 15-7-2023 12:47 PM
nanti filem ni boleh masuk tak top 10 filem paling sendu
Quote doubleA 15-7-2023 12:58 PM
Filem? Pawagam ke? Wow yakin. All the best la
Quote Kurex 15-7-2023 01:14 PM
Poster pun macam cerekarama awal 20an
Quote dudaberhias 15-7-2023 01:15 PM
dah la tak herlokkk... rhoper macam kacukan berok salji...

memang tak kuasa lah nak pergi tengok nyahhhh....

baik tengok filem pasal binatang... lagi berair dan menjana minda dari tengok filem tah pape ko ni...

nak2 ada kazar lagi dalam filem tu... lagilah rela haku nengok binatang jah dari filem ni...

tunggu di tayangkan free kat netflix je lah... tu pun acik2 mungkin kalih tengok fifty shades of grey...

Quote ezacbee 15-7-2023 02:31 PM
Free pun tak mau.. gelimat tengok

Quote akuHavocczz 16-7-2023 01:42 AM
2023 ada lagi ke orang nak tengok cerita terencat camni
Quote Carcosa 16-7-2023 01:56 AM
Mcm sial je statement "Pegi beli ticket dulu, tgk apa ada". Eh ewahhhh. Mmg kitorang tau, cerita ni mmg bakalan hanjing kejadiannya, then kau suruh jgk beli ticket, kalau kitorang tgk cerita hanjing ni, and mmg sah2 terbukti cop mohor pengumuman wakil Raja2 yg cerita ni mmg mengarut, kau nak bayar balik duit kitorang?
Dah mcm scammer plk, maksa2 suruh beli ticket, yihhhhhh. Org bodoh je yg still beli ticket walaupun tau cerita tu bertaraf Nauzubillah
Quote nubook 16-7-2023 05:00 PM
Susah tu ye kalau tak nak judge dari poster.
Quote anony-mous 16-7-2023 05:36 PM
Alah alah . Beria i tekan poster tu ingatkan ada trailer. Rupanya poster je. Baca dkt komen 80% support n x sabar. Ada yg pernah tgk no 1 punya ke? Baca nama kazar auto boikot
Quote dua_chzy 16-7-2023 06:31 PM
Mudah2an filem ni meletup. Haha.
Quote asfaz 16-7-2023 08:18 PM
tak keseerr.  tgk pelakon pun yg ai nyampah . Bingit. Boleh cair telinga nak dgr sepanjang dlm wayang. Bazir duit . mesti tak best
Quote Nanadjo 16-7-2023 09:02 PM
Iols ingatkan ada la kekalkan watak abe izzue, rupanya dia sorang je. Bawak pulak si bingit, aduh spoil betul la, dah la ghope macam tenuk, at least izzue n pisperos ni dulu ada la jugak ghope pempuan sikit. Yihhh kalau keluar free dekat netflix pun kosser nak tengok.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.120409 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top