CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan 'Bias' Sebab Dia Kakak" - Anuar Zain Puji Lagu Baharu Ziana Zain Antara Balada Terbaik

15-7-2023 09:02 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 580| Komen: 6

Penyanyi Anuar Zain memuji kolaborasi antara kakaknya, Ziana Zain dan Hasif Upin menerusi lagu baharu berjudul Waktu sebagai antara karya balada terbaik.

Pemilik nama sebenar, Shahrul Anuar Zain juga memuji Hasif yang dilihat cukup bertenaga menyampaikan lagu berkenaan.


Menafikan pujian itu bersifat berat sebelah, kata Anuar, gabungan antara Ziana dan Hasif menerusi lagu itu sangat serasi.


"Bukan nak bias (berat sebelah) sebab dia kakak saya, tetapi saya melihat kombinasi mereka sangat bagus.

"Hasif dan Ziana sangat bertenaga ketika menyampaikan lagu itu. Saya banyak dengar lagu-lagu baru dan karya ini antara genre balada terbaik. Selepas 15 tahun... the queen is back," katanya.

Kemunculan Ziana dengan single baharu selepas 15 tahun tidak merakamkan lagu menarik perhatian ramai apabila dia tampil berduet dengan penyanyi baharu seperti Hasif.


Ziana atau Siti Roziana Zain, 55, dalam beberapa temu bual sebelum ini menjelaskan dia tiada masalah untuk berduet dengan mana-mana penyanyi namun amat mementingkan kualiti sesebuah lagu.

Sementara itu ditanya tentang perancangan merakamkan lagu sendiri, Anuar berkata dia masih mencari karya yang sesuai.

"Setakat ini ada satu atau dua lagu yang betul-betup melekat di hati saya. Lagu-lagu sekarang berbeza jadi ada juga rasa takut kalau dikatakan saya tidak boleh terima sesuatu yang baharu.

"Saya amat teliti dalam pemilihan lagu. Saya mahukan sebuah karya yang dramatik dan kena dengan jiwa sendiri.

"Banyak kali saya katakan akan tampil dengan single baru tetapi kita hanya merancang. Apabila tidak sesuai akhirnya tidak menjadi. Sekarang ini saya berserah sahaja,” ujarnya.


Dalam pada itu, Anuar juga memberitahu dia terbuka untuk bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik baharu.

Dia bagaimanapun mengakui ada dalam kalangan pencipta lagu takut untuk menghasilkan karya buat dirinya.

"Semestinya saya ada minta dengan komposer baharu. Saya pun tidak pernah tetapkan hanya mahu bekerja dengan orang-orang lama sahaja.

"Tapi ada orang baru ini takut nak buat lagu untuk saya. Jangan takut... kalau tidak sesuai untuk saya mungkin ia rezeki kepada penyanyi lain," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-7-2023 10:22 AM
Lagu dia bukan tak sedap... Tapi macam sound arrangement tu hauk sangat2.... Macam buat sendiri pakai keyboard komputer dekat rumah...

Lagi sedap la sound si acik ning suara macam ayam pirus nak kena sembelih tu...

Quote rukia2 15-7-2023 10:31 AM
Helok pulak abam nuar setelah lama X nmpak..buat rambut cenggini je lah bam nuar..xmo rambut panjang kepok2 cm dolu
Quote codenamedream 15-7-2023 10:36 AM
rukia2 replied at 15-7-2023 10:31 AM
Helok pulak abam nuar setelah lama X nmpak..buat rambut cenggini je lah bam nuar..xmo rambut panjang ...

Muka pun dah tak bengkak
Quote fadz84 15-7-2023 10:40 AM
rukia2 replied at 15-7-2023 10:31 AM
Helok pulak abam nuar setelah lama X nmpak..buat rambut cenggini je lah bam nuar..xmo rambut panjang ...

Haah nmpk normal semula muka dia..
Quote ashilalat 15-7-2023 11:30 PM
Besarnya kepala bang kua..agak² berbanding akim, kepala sape lg besar?
Quote lovelytouch 15-7-2023 11:56 PM
Lagu balada terbaik? MUNTAAHHH!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.036480 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top