CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Pelamin anganku musnah'

3-7-2013 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17403| Komen: 128





JEMPOL - Pelamin anganku musnah! Itulah yang dihadapi dua pengantin di sini, apabila pelamin yang ditempah mereka dari sebuah pusat andaman di sini, tidak seindah seperti dikhabarkan.

Ibu kepada salah seorang pengantin, Hasnah Hassan, 46, berkata, anaknya, Nor Hanizam Hassan, 25, tertipu dengan pakej menarik yang ditawarkan pusat andaman itu dengan harga RM6,300.

Menurutnya, pakej itu termasuklah set karaoke, kompang dan hiasan barang hantaran, namun bila tiba hari majlis berlaku sebaliknya.

"Anak saya idamkan pelamin yang 'glamour' pada majlis perkahwinannya pada 24 Mei lalu, namun apa yang dibuat oleh butik andaman itu seperti reka bentuk era 60-an.

"Menitis air mata saya melihat set pelamin anak saya seumpama itu, malah semua pakej yang dijanjikan juga tiada," katanya yang berasal dari Pasir Besar, Gemas.

Hasnah berkata, kini disebabkan masalah itu dia terpaksa berulang-alik dari Pasir Besar, Gemas ke daerah ini untuk menuntut semula bayaran sebelum ini.

"Namun saya terkilan dengan perkhidmatan pusat andaman itu kerana anak saya sudah melunaskan bayaran lebih awal sebelum majlisnya secara ansuran dari 8 Oktober 2012 hingga 15 Mei lalu," katanya.

Kejadian itu tidak berhenti di situ kerana seorang lagi pengantin turut mengalami nasib sama, namun sempat membatalkannya sebelum majlis perkahwinan.

Yati Afrini Jarnis, 29, berkata, dia membatalkan tempahan pelamin dari pusat andaman itu kerana tidak berpuas hati dengan pakej yang disediakan.

Menurutnya, dia bersama suaminya bersetuju untuk menyewa pakej perkahwinan yang ditawarkan pusat andaman tersebut dengan harga RM3,000 yang didakwa sebagai pakej promosi.

"Selepas bersetuju, saya membayar wang deposit sebanyak RM1,500 pada 21 Januari lalu, disusuli RM1,000 pada 28 Januari.

"Walaupun majlis perkahwinan saya pada masa itu lambat lagi iaitu 1 Jun lalu, namun saya nekad membayar wang deposit kerana pakej yang ditawarkan sangat menarik," katanya.

Yati berkata, selepas itu, pada 21 Mei, dia dan suaminya datang ke pusat andaman berkenaan untuk mencuba baju, namun mereka mencadangkan agar datang pada 27 Mei.

"Kami bertegas juga mahu datang pada 21 Mei kerana bimbang ia tidak disediakan seperti yang diidamkan.

“Apabila kami sampai, ternyata hampa kerana pusat andaman tersebut memaklumkan bahawa semua pakej itu belum siap. Saya pelik, kenapa semua pakej yang saya sewa tiada pada tarikh tersebut sedangkan majlis kami
kurang dua minggu lagi," katanya.

Katanya, selepas itu, pusat andaman berkenaan mendesaknya membayar  baki pakej tersebut sebanyak RM500 dengan menjanjikan akan menyediakan kerusi persandingan yang baru.

"Namun disebabkan beberapa masalah itu, saya dan suami nekad membatalkan pakej tersebut,” katanya.

Sinar Harian difahamkan pasangan berkenaan membuat laporan pada keesokan harinya (22 Mei) di Balai Polis Bahau pada jam 8.05 malam.

Malah mereka juga mahu menuntut semula wang sebanyak RM2,500 untuk tindakan mahkamah dan tuntutan Tribunal Pengguna.

Sementara itu, Nor Hanizam juga membuat laporan pada 27 Mei lalu di Balai Polis Bandar Seri Jempol jam 4.51 petang bagi menuntut ganti rugi.

Bagaimanapun, kedua-dua pengantin itu menghadapi masalah apabila pusat andaman berkenaan berdolak-dalik untuk memulangkan duit mereka semula dengan alasan tiada duit tunai susulan terdapat pelanggan lain masih
belum menjelaskan bayaran.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 3-7-2013 08:28 AM
dalam hal nie....kena banyak bersabar..benda dah pun berlaku n jadikan teladan buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan......semua yang berlaku mesti ada sebab dan musibahnya....
Quote coolie83 3-7-2013 08:35 AM
RM6k siap set karok n kompang?gile murah..
Quote abas8888 3-7-2013 08:39 AM
adik ipar aku lagi dapat kerusi pengantin yang kainnya dah macam umur 10 tahun..tersiat-siat..bayar mahal dapat kerusi buruk..untung besar kerja pakej pengantin sebab semua barang recycle...
Quote md.jie 3-7-2013 08:39 AM
tema retro katanya
Quote izamahmed 3-7-2013 08:45 AM
tak minta cadangan dari org lain ke
Quote tipuware 3-7-2013 08:51 AM
masa aku kawin dulu, aku suka amik pake daripada vendor berbeza2.. tapi tak semorang larat kot nak cari vendor byk2, baik yg vendor satu pusat sehenti semua ada. tapi kesian la dekat pengantin.
Quote adifrs 3-7-2013 08:56 AM
mende dah berlaku....
Quote haryatie 3-7-2013 08:57 AM

dlm hdup  ni mcam2 ujian dan dugaan yg akn kita trima..
stiap org akn menerima ujian n dugaan yg berbeza beza
bertabah la walau pun sakit nya hati..
Quote kambeng_masam 3-7-2013 08:57 AM
md.jie posted on 3-7-2013 03:39 AM
tema retro katanya

hat ni alasan hat paling relevan sekali...hang buleh jadi tokey pelamin...
Quote penyo 3-7-2013 08:57 AM
takpe...next time amik package lain pulak
Quote bolat-bolat 3-7-2013 08:58 AM
Tak lama lagi melingkup la bisnes andaman tu...buat bisnes tapi tak jujur
Quote shamsadis 3-7-2013 09:00 AM
RM6300 tu buat bayar duit muka rumah boleh dapat umah sebijik ...duk dalam rumah pasang pelamin hari2 dapat
Quote elnor_81 3-7-2013 09:04 AM
aku dulu kawin thn 2006..pakej baju 2 psg,pelamin,hiasan bilik,hiasan mkn pengantin dlm 1800.tu pun aku rse mahal gile dh..
Quote myakayina 3-7-2013 09:15 AM
kena hati2 la klu nak cari pakej andaman pengantin ni, sebelum bagi duit janji mcm2..bila dah bayar menipu plak..
Quote mohdlorong 3-7-2013 09:24 AM
sebijik sebjibun seperti pengalaman yang ako lalui.

kenangan yg sangat pedih..oh sakitnya hati ini.

malam akad nikah....esoknya bersanding.
malam tu lepas akad nikah ako lepak ngna member2 ako lepas tu ke kedai snuker.
sedang asyik main snuker pukul 2 pagi tibe2 wife ako tepon
nangis2
kate pelamin tak siap...bunge takdek...semua tadek untuk bersanding.

ako and the gang terus gerak ke rumah pengantin.
tengok wife ako da menangis2 meleleh air mata
mak die pon da menangis2....pukul 3 pagi camtu

sebab pelamin, bunga dan sebagainya..yang disupply oleh sorang pakcik melayu ni buat hal.
bayangkan mase nak tempah tu die lukis gambar siap ada chandelier kat pelamin ape sme.
lepas tu mase malam tu die pasang lampu raya yg krismas tu je.

gile sedey.
dengan pelamin tah pape...
kate nak bangi bunge fresh..end up bagi bunge plastik yg bodo tu...
lampu2 ape semua tadek...

ako da pasrah giler mase tu.

nasib baik tak gi bertumbuk je ngan pakcik ni.

boleh die kate die kene tipu?
so die da kene tipu nak tipu orang plak a?

dahla mahal giler weh.....sebab pelamin sme tunjuk ala2 majalah punye...so bayaran mahal. tak berbaloi langsung. sampah.

yang paling best..lepas selesai majlis..boleh ngan muke tak malu mintak bayaran yang lagi separuh.

perghhhhhhhhhhhhhhhhhh...........

tapi takpela ako da maapkan pakcik tu dan ako pon idop bahagia.
Quote alahai 3-7-2013 09:24 AM
kawen/ nikah ja...tak yah sanding2...sapa pun tak boleh tipu...tapi mana bolehkan kawen sekali seumur idup
Quote Vokuro 3-7-2013 09:29 AM
Buang uang sahaja nak pelamin bagai.
Quote yoohana 3-7-2013 09:29 AM
tak ada gambar pelamin retro itu ya?
Quote KoSe 3-7-2013 09:30 AM
takde ke pic pelamin yg sebenar?

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.054791 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top