Sangat jarang mengambil peduli tentang haters, namun kali ini bintang terkenal dari Indonesia, Agnez Mo kini mencari seorang netizen yang menggelarkan dirinya sebagai ‘nenek hip hop’ dan meminta pemilik di sebalik akaun Sisca Fanny 27 bersedia untuk bertemu.
“Tolong diperhatikan ya, kerana anda sepertinya sangat mahu perhatian daripada saya, sekarang saya akan berikan. Lagipun saya ada banyak masa,” ujar Agnez Mo seperti dilaporkan Detik.com. Kenyataan itu dikeluarkan Agnez Mo selepas dirinya terbaca komen yang ditinggalkan pemilik akaun tersebut sewaktu dia membuat siaran langsung bersama penggemarnya baru-baru ini. Sewaktu sedang rancak bersembang, mata Agnez Mo ‘menangkap’ komen yang berbunyi: “Yang menonton (live) semuanya orang Indonesia. “Tapi cakap Inggeris gaya nenek-nenek Hip-Hop.” Selepas melihat komen tersebut, Agnez memberitahu dia teringin melihat sekaligus bertemu pemilik akuan itu.
“Teringin lihat orangnya macam mana. Kita screenshot, terus kita cari orangnya. Kita sudah ada orang IT kan buat tangkap individu yang seperti ini,” katanya lagi. Malah dengan tegas Agnez Mo mengatakan dia memang mahu bertemu dengan pemilik akaun tersebut. “Saya sudah tahu nama anda. Nanti akan tahu alamat dan seterusnya yang lain lebih mudah,” ucap Agnez Mo lagi. Sumber: Gempak
|
Beribear replied at 14-7-2023 05:30 PM
Ngomong sama tangan - Riby 2005
belacan_gurl replied at 28-7-2023 02:11 AM
Sbb dia dh mmg berusia Cuba kalo dia masih muda bergetah mcm dulu..xdenya dilayan komen sebegitu ...
ADVERTISEMENT