Allahyarham Ahmad Ibrahim atau Mat London menjalin hubungan baik dengan bekas isteri, Datin Fadilah Mansor biarpun sudah lama berpisah. Pemergian arwah meninggalkan kesan cukup mendalam buat Fadilah, 65, yang berkata, mereka sempat merakamkan gambar bersama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.
"Walaupun kami dah sudah bercerai namun hubungan masih baik disebabkan anak-anak. Kami selalu berhubung dan ketika raya sebelum ini dia ada minta untuk bergambar dengan saya. "Sepanjang berada di hospital, saya hampir setiap hari melawat arwah. Namun ada suatu hari saya tidak berkesempatan dan dia bertanya kepada anak-anak kenapa saya tiada di sana. "Dia meminta pen dan kertas daripada anak-anak dan menulis 'Love, Mama'. Selepas itu di ditidurkan dan saya tidak lagi dapat bercakap dengan arwah," katanya kepada mStar. Allahyarham Mat London disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 5.57 pagi Jumaat.
Arwah dimasukkan ke HKL sejak 13 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan ditidurkan kerana keadaan kesihatan semakin kritikal. Sementara itu, Fadilah mengakui kehilangan arwah pastinya memberi kesan yang amat mendalam buat dua cahaya mata mereka. "Apabila dapat panggilan dia sakit, saya terus ke rumahnya. Saya bawa bubur McDonald's. Ketika itu saya katakan kepada dia untuk ke hospital namun dia enggan kerana menganggap hanya sakit biasa. "Kehilangan arwah ini pastinya memberi kesan buat anak-anak kami. Bagi saya hubungan kami baik sahaja dan tidak ada masalah selepas berpisah," ujarnya. Untuk rekod, Mat London mendirikan rumah tangga dengan Fadilah pada 18 Oktober 1989 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, 32, dan Faeesal Aswad, 29. Selain aktif berlakon dan bergelar pengarah, Mat London juga sebelum ini merupakan presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM). Sumber: mStar
|
matjerk: Sedih pulak aku baca... ada de ...
doubleA replied at 14-7-2023 08:04 AM
So mat london dan a.rahman hassan bekas suami fadhilah ni kan, tak tau plak ex dia pun pelakon
matjerk replied at 14-7-2023 04:07 PM
Sedih pulak aku baca... ada details tak? Mat London remarried tak lepas bercerai? Kawen berapa lama ...
DeLuna85 replied at 14-7-2023 04:07 PM
Tadi masa nampak org share igtkan zahid hamidi. Muka mcm sama.
doubleA replied at 14-7-2023 05:17 PM
Deme kawen 1980, cerai 2010. 2014 fadhilah kawen a.rahman hassan sampai dia meninggal 2019
Lavender_Violet replied at 14-7-2023 05:22 PM
Kawin 1989 chuols, bukan 1980
doubleA replied at 14-7-2023 05:30 PM
Alamak, wikipedia salah ke, iols tgk kt wiki fadhilah mansor tu
Suchi replied at 14-7-2023 04:04 PM
Arwah tak kawen baru ke sejak bercerai ngn acik fadilah?
ADVERTISEMENT