Tidak mudah bagi Ziana Zain, 55, menempuh liku perjalanan sebagai ibu tunggal. Walau sebak menceritakan perjalanannya itu, penyanyi berkenaan ap kuat demi anak-anak.
Menurutnya, bergelar janda akan selalu menjadi bahan percakapan orang namun, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain enggan ambil kisah sebaliknya memberikan fokus kepada kerjaya nyanyiannya. Kemunculan semula Ziana selepas 15 tahun menerusi single ‘Waktu’ bersama Hasif Upin membuktikan dia masih penyanyi ‘berbisa’ yang lebih daripada gelaran seorang janda. “Sebagai ibu tunggal dan saya kena kuat demi anak-anak. Bukan senang, saya tiada suami dan besarkan empat orang anak. Kita kena tempuh banyak mulut orang yang ngeri kalau nak difikirkan. “Bila bawa gelaran ‘J’ (janda) orang akan mengumpat macam-macam sampai mati cakap baju tak kena, balik malam, tak sedar diri. Saya berdoa agar Allah jaga saya. “Kadang-kadang saya akan nangis, itu lumrah. Tapi jika difikirkan sangat, kita akan murung. Cukuplah sudah empat tahun hidup begitu (murung). Sekarang saya kena bangkit,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media pelancaran lagu dan video muzik ‘Waktu’, semalam. Ziana atau lebih mesra disapa sebagai kak Gee terharu apabila anak-anaknya tidak hanya sekadar memahami malah turut turun padang melihatnya bekerja. “Saya berterima kasih kepada Allah sebab berikan saya lagu yang sedap dan rakan duet yang bagus untuk saya terus ke hadapan. Mak selalu pesan untuk tidak sia-siakan peluang yang Allah beri sebab saya memang mahu bekerja. “Aiman ikut semasa pembikinan video muzik di dalam hutan. Saya minta tolong dia bodyguard. Begitu juga semasa konsert, Amar dan Aiman datang tolong jaga atuk dan nenek, tolak kerusi roda. “Bila mereka tengok bagaimana saya bekerja, mereka kata ‘susahnya kerja mama’ sampaikan kalau saya bekerja, mereka tak mahu ikut kerana tak sanggup tengok saya,” dedahnya. Ziana Zain bercerai dengan bekas suami, Armin Zaharin dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018. Sebelum itu, Ziana membuat laporan polis terhadap suaminya yang didakwa memukul anak lelakinya sehingga menyebabkan luka dan lebam. Sumber: Utusan
|
dudaberhias replied at 14-7-2023 03:02 PM
eh tapi ko ziana zain kot nyah... takde sape pernah mengumpat hengko janda pun...
lain la kalau kau ...
sleepandream replied at 14-7-2023 06:58 PM
kenapa sheols takut jadi janda eh?
circle sheols pun ramai janda apa... contohnya erra pajira
ADVERTISEMENT