CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Musykil Sungguh! Peniaga Jual Air Zam Zam Berkarton-Karton, Lagi Pelik Peniaga Kata Free Cuma Bayar Logistik

14-7-2023 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 593| Komen: 4

Umum mengetahui air zam zam tidak boleh sewenang-wenangnya dibawa pulang secara pukal ke tanah air.

Terdapat ketetapan yang sudah dikuatkuasakan kerajaan Arab Saudi untuk mengelakkan air zam zam daripada dikomersialkan seterusnya keuntungan atas angin dikaut oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Foto: mStar

Disebabkan itu seorang wanita curiga apabila melihat seorang individu menjual secara besar-besaran berkarton air zam zam di laman Facebook.

Individu tersebut berkata sesiapa yang berminat untuk membeli air zam zam itu boleh menghubunginya terus di platform WhatsApp.

"Bismillah, Assalamualaikum. Sesiapa yang mencari air zam zam original, boleh hubungi saya untuk urusan jual beli.

"Air zam zam baru sahaja mendarat, satu botol lima liter. Nak beli borong pun kita boleh cuba usahakan InsyaAllah. Untuk keterangan lanjut, jangan malu, jangan segan untuk hubungi nombor di bawah, terima kasih.


"Jangan risau, air zam zam ini adalah percuma. Ia tidak dijual. Harga tertera ialah kos logistik yang perlu dibayar dari Arab Saudi ke Malaysia melalui kargo laut.

"Inisiatif para mutawif bawa masuk ke Malaysia. Postage seluruh Malaysia, InsyaAllah," tulis individu tersebut.



Wanita itu kemudiannya, melalui ciapan di Twitter menjelaskan mengapa modus operandi perniagaan air zam zam itu tidak boleh dipercayai.

"Hati-hati semua. Hantaran ni kata air zam zam percuma tapi hanya perlu bayar kos logistik. Tapi persoalannya, macam mana dia boleh bawa masuk sebanyak tu air zam zam sedangkan Arab Saudi memang tak benarkan.

"Itu yang kita risau, sama ada ia bukan air zam zam, barang curi atau scam," ujar wanita itu sangsi.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya bersetuju dengan apa yang dihujahkan wanita itu.

"Air zam zam tidak boleh dijual. Kalau awak jadi jemaah haji pun, kalau awak cuba sorok air zam zam dalam bagasi pun tak boleh lepas sebab imigresen akan minta keluarkan masa scan di pintu masuk.

"Manakala kalau cuba post dari tanah suci, kurier akan reject. Jemaah haji atau umrah pun biasanya dihadkan berapa botol air zam zam yang mereka boleh bawa balik Malaysia.

"Untuk setiap jemaah, seingat saya satu kotak air zam zam. Kalau apa yang dia jual ni betul air zam zam, mungkin dia ada 'cable' di sana yang tolong supply. Ingat ya, niat tidak menghalalkan cara," kata warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OshinDaSolja 14-7-2023 02:51 PM
mcm pelik je tata kelola seller ni...hati2
Quote Decaffeinated 14-7-2023 03:05 PM
tak sedap pun

bagi free pun aku pass


Quote Perawankota 14-7-2023 05:07 PM
Baper Kali dah jumpa org jual air zamzqm dalam botol kecik.. So tu semua tipu la eh
Quote kakikuDibibirmu 14-7-2023 05:10 PM
Air laut desalination jah tu, sebab tu rasa air dia pelik sikit, banyak kilang sebegini di merata Su'udul 'Arrobiyya, tak mungkin satu telaga cukup untuk kegunaan jutaan penduduk, jemaah haji dan 'umroh

[youtube]GWlTbqy3bJQ[/youtube]

[youtube]j-lAekcXRpw[/youtube]

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.053505 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top