CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teman Lelaki Obses Melampau Sampai Bunuh Bekas Pelakon Kanak-Kanak

14-7-2023 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1080| Komen: 4

Dunia hiburan Jepun dikejutkan dengan pembunuhan bekas pelakon cilik, Sana Tominaga yang didakwa dibunuh teman lelakinya pada akhir bulan lalu.

Menurut MSN yang dipetik OHBulan!, kejadian berlaku 29 Jun lalu kira-kira jam 10 pagi semasa Sana keluar dari apartmennya di Tsurumi, Yokohama sebelum didatangi teman lelakinya, Ryo Ito yang menikamnya beberapa kali dengan sebilah pisau.



© FRIDAY DIGITAL

Ibu mangsa kemudian menelefon talian kecemasan selepas melihat anaknya terbaring di atas lantai berlumuran pendarahan, namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Difahamkan, polis menahan suspek yang menyerah diri ke Balai Polis Tsurumi.


© FRIDAY DIGITAL


Mangsa dan suspek dikatakan mula bercinta semasa mangsa bekerja sambilan di sebuah restoran di mana suspek merupakan pengurus di situ sebelum berlaku pergolakan dalam hubungan mereka.

Sebelum ini, Tominaga dan rakan-rakannya pernah melaporkan suspek kepada pihak polis, mendakwa kekasihnya itu sering bertindak kasar terhadapnya. 


© FRIDAY DIGITAL

Malah, suspek pernah mengugut untuk membunuh mangsa jika mereka memutuskan hubungan.

Seminggu sebelum kejadian, mereka dipercayai bergaduh besar di dalam kereta dan dikatakan telah berpisah. 

Ekoran itu, polis percaya suspek berkemungkinan mengambil kunci apartmen mangsa di dalam beg galas yang ditinggalkan di dalam kereta tersebut untuk masuk ke rumah mangsa sebelum menyerangnya.


© FRIDAY DIGITAL

Polis juga tidak menolak kemungkinan suspek berusia 22 tahun itu bertindak sedemikian kerana obsesi luar biasa terhadap mangsa. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 14-7-2023 03:04 PM
ksiannya la hai..mangsa umo 18 thun bru nk merasa hidup dekkk..
Quote Decaffeinated 14-7-2023 03:23 PM
I have no issues with this. Next!

Quote I.K.A888990 14-7-2023 04:59 PM
gila betul
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:37 AM
kesiannya…

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.062392 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top