CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurugambar Wanita Diganggu ‘Stalker’ Disiasat Semula

14-7-2023 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 684| Komen: 4

Polis membuka semula kertas siasatan berhubung seorang wanita menerima gangguan seksual daripada seorang lelaki tempatan secara dalam talian sejak tahun 2016.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya mengesan satu hantaran tular seorang wanita tempatan yang menerima gangguan seksual daripada seorang lelaki tempatan secara dalam talian, semalam.



Gambar hiasan

Katanya, hasil siasatan mendapati terdapat satu laporan polis diterima di daerah Petaling Jaya yang dibuat oleh mangsa pada tahun 2018 mengenai kejadian tersebut.

“Kes telah direklasifikasi semula dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 yang mana membawa hukuman penjara boleh sampai 5 tahun atau denda dan kedua-duanya sekali.


“Manakala jika disabitkan kesalahan bagi kesalahan AKMM boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000, atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, M. Hussin menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi sehingga menjejaskan siasatan polis.

Terdahulu, tular seorang wanita yang juga jurugambar tempatan meluahkan rasa penat dan marah selepas bertahun-tahun diganggu ‘stalker’ seorang lelaki bernama Safiq Rosli.

Pendedahan itu dibuat oleh Acacia Diana di laman Instagramnya yang mendakwa gangguan itu berlaku sejak 2016 disertakan pelbagai bukti hantaran mesej yang berunsur kandungan lucah dilakukan lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki itu juga pernah ditahan pihak berkuasa di United Kingdom (UK) kerana mengekorinya dalam diam, namun dia berjaya melarikan diri dan terlepas tarikh mahkamahnya.



Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil yang menggesa Acacia menyerahkan bukti termasuk laporan polis dan tangkap layar kandungan lucah itu ke e-mel rasmi kementeriannya.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 14-7-2023 02:59 PM
apo, dah viral baru nak bukak balik kertas siasatan.

Mangsa tu dah bertahun-tahun menderita mental & emosi.
Quote prettyuglybabe 14-7-2023 03:04 PM
dah viral baru masing-masing buat sibuk..
Quote pilot 14-7-2023 03:12 PM
nak kena viral dulu baru buat keje...

kalau tak hidup la kau dalam ketakutan...silap2 jadi macam cerita tv3 yg pukul 10 mlm tu...habis kena bunuh, kena serang..

terima kasih pdrm
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:40 AM
adoii menyeramkan mcm ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.036451 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top