CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Sedih Suami, Mentua Larang Anak Divaksin Imunisasi Sampailah Bayi Kena Rotavirus

14-7-2023 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1303| Komen: 18

Tular kisah seorang wanita mendedahkan suami dan ibu mentuanya tidak membenarkan bayinya divaksin kerana khuatir ada kesan sampingan.

Sehinggalah suatu hari apabila bayi berusia lima bulan itu mula demam, muntah dan cirit-birit. 



TikTok Dzahin & Dzihniyyah

Malangnya, bayi itu tidak dibawa berjumpa doktor dan hanya dirujuk kepada Mak Bidan serta urutan daripada atuk nenek sahaja.

Simptom semakin teruk, anaknya juga semakin kurang bergerak. Akhirnya, si suami akur membawa anak mereka berjumpa doktor kanak-kanak. 

Alangkah terkejut apabila doktor memberitahu bayi ini mengalami dehidrasi dan suhu badan terus meningkat kepada lebih 38 darjah celcius.

Apabila diberikan susu, bayi ini akan memuntahkannya semula. Cirit-birit yang berlaku pada setiap minit juga membuatkan punggung si anak melecet. 



Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan anak wanita ini dijangkiti Rotavirus iaitu sejenis virus yang menyebabkan keradangan pada sistem pencernaan seseorang. Ketika inilah si bapa akhirnya bersetuju membenarkan anaknya diberi vaksin imunisasi.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 14-7-2023 12:43 PM
knp mak dia bckp indon ni, ade lg ke org kite jumpe bidan kampong zmn skrg ni
Quote Binodino 14-7-2023 12:45 PM
Ada ke vaksin untuk rotavirus?
Quote VespaSilbe 14-7-2023 01:03 PM
Edited by VespaSilbe at 14-7-2023 01:06 PM

Ayaq tak masak kut..
Quote Samerosie 14-7-2023 01:12 PM
Binodino replied at 14-7-2023 12:45 PM
Ada ke vaksin untuk rotavirus?

Ada..kat private rm500.  Anak i ambil semua except rotavirus ni walaupun optional i fikir hek eleh bukan duduk kat kg.  Minggu depan tu anak i kena sampai admitted cirit birit tak habis.  Lepas tu jangkit kat i pula seminggu gak down.  Rotavirus ni lepas guna bilik air kena spray dgn clorox, antibacterial sabun ke apa virus dia tak mati.  I jangkit sbb i jaga and changed dia ingat antibacterial soap/spray je cukup rupanya tak.
Quote Binodino 14-7-2023 01:45 PM
Samerosie replied at 14-7-2023 01:12 PM
Ada..kat private rm500.  Anak i ambil semua except rotavirus ni walaupun optional i fikir hek eleh ...

Oh ada rupanya vaksin untuk rotavirus. Boleh tahan 'rahmah' harganya

Quote Buritan 14-7-2023 02:10 PM
Mak oii mahalnhaa.. dedulu baru rm200.. time dulu rm500 pneumococcal vaksin
Quote Samerosie 14-7-2023 02:17 PM
Buritan replied at 14-7-2023 02:10 PM
Mak oii mahalnhaa.. dedulu baru rm200.. time dulu rm500 pneumococcal vaksin

Eh silap iols check balik rotavirus RM300.
Quote CatMiow 14-7-2023 03:50 PM
Samerosie replied at 14-7-2023 01:12 PM
Ada..kat private rm500.  Anak i ambil semua except rotavirus ni walaupun optional i fikir hek eleh ...

Dah kena boleh vaksin ke lagi? Setahu iols dah kena tak boleh vaksin sebab vaksin tu pencegah. Dah kena, perlu rawatan.

Iols baru habis covid, kena bagi anti viral,bukan kena suh cucuk vaksin lagi.
Quote Decaffeinated 14-7-2023 04:01 PM
kelapaparut replied at 14-7-2023 12:43 PM
knp mak dia bckp indon ni, ade lg ke org kite jumpe bidan kampong zmn skrg ni

yang background music tu cakap korea ko tak nak tanya knp ka?

Quote Decaffeinated 14-7-2023 04:02 PM
CatMiow replied at 14-7-2023 03:50 PM
Dah kena boleh vaksin ke lagi? Setahu iols dah kena tak boleh vaksin sebab vaksin tu pencegah. Dah ...

aku pun pelik.

dah kena baru nak vaksin?


Quote Samerosie 14-7-2023 04:04 PM
Edited by Samerosie at 14-7-2023 04:05 PM
CatMiow replied at 14-7-2023 03:50 PM
Dah kena boleh vaksin ke lagi? Setahu iols dah kena tak boleh vaksin sebab vaksin tu pencegah. Dah ...

Oh tak, lepas kena tak ambil pun.  Iols check tadi buku baby simpan lagi flyer yg doctor kasi siap dgn rega.  Anak i dah 9 tahun ni hahaha..

Mungkin maksud TT dalam tu other immunisation vaccines kut mcm mmr etc. sebab tu periodically kan.
Quote CatMiow 14-7-2023 04:06 PM
Samerosie replied at 14-7-2023 04:04 PM
Oh tak, lepas kena tak ambil pun.  Iols check tadi buku baby simpan lagi flyer yg doctor kasi siap ...

Owh,ingatkan uols pun ambik lepas kena.
Quote antikorok 14-7-2023 04:11 PM
Edited by antikorok at 14-7-2023 04:14 PM

Kalau vaksin yg bagos huntok bebudak seperti rubella, mmr, polio semua tuhh ambil jela dah terbokti berkesan dan dijamin selamat sebab dah melalui fasa kajian keselamatan bertahun2 sebelum diberi kepada ummah, kes aefi pong sikit mungkin sesetengah orang jahh yg kena adverse sbb alergik dgn bahan dlm tuh.

Tapi, kalau air terpaling soci berpuaka raja segala aefi laknat yg pantang dihina nan satu tuh memang patot diboikot patot dihumban ke lobang pelupusan puaka jahanam jah layaknya. Ha gitohh!!

Yang baik huntok ummah kita ambil, yang mendatangkan mudarat mencampakkan diri ke lembah kebinasaan puaka jahanam patot dikeji dan dilaknat semoga terkambus!
Quote copy_paste 14-7-2023 04:14 PM
kelapaparut replied at 14-7-2023 12:43 PM
knp mak dia bckp indon ni, ade lg ke org kite jumpe bidan kampong zmn skrg ni

ade je lagi,alternatif dari rawatan hospital katanya
Quote faraway1 14-7-2023 10:20 PM
Bodohnya mak, semua benda cam tak boleh pikir sendiri...

Quote putriTS 14-7-2023 10:34 PM
Anak i dulu kena Rotavirus ni, memang cirit birit pakej muntah 2,3 hari sampai kurus dia time tu. Bawak hospital, doc suruh buang semua botol2 dia sebab xnak re-infection. Vaksin Rota ni selalu doc recommend baby ambik below 2 tahun rasanya. Kalau dah berumur sikit, kesan dia x teruk sgt so tak berapa perlu. Hospital govt pun ada offer utk vaksin Rota. U boleh call direct hospital tanya, ada x available and terus booking slot mcmtu. Hospital govt caj dlm RM200+ mcmtu rasanya. Ini harga few years back la.
Quote rikiruj 15-7-2023 09:36 AM
Anti vaksin cari.com anti vaksin covid sahaja atau semua jenis vaksin?
Quote slyfynx 15-7-2023 09:49 AM
Ni berita Indo ke hape ni?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.044101 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top