CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jawablah Di Akhirat! Dekorasi Ayat Al-Quran Dibiar Atas Tanah, Atas Lantai, Dibuang Macam Itu

14-7-2023 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 341| Komen: 1

PETALING JAYA – Tular di media sosial, gambar memaparkan dua keping dekorasi yang diukir ayat al-Quran dibuang dan dibiarkan di atas tanah begitu sahaja.

Keadaan tersebut ternyata mendapat perhatian orang ramai dan mereka mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu yang berbuat demikian.


Gambar yang turut dikongsikan di laman Twitter, Malaysia Most Viral itu melihat pengguna meminta pihak berkuasa untuk membuat rondaan dan pemeriksaan di kedai-kedai yang menerima tempahan mengukir atau memahat ayat al-Quran untuk dijadikan bahan dekorasi diteliti cara kerja mereka agar bahan suci tersebut tidak diletakkan di bawah seperti keadaan dalam gambar tular terbabit.

Foto: Kosmo

“Pihak berkuasa kena ronda, datang pantau kedai-kedai macam ini untuk tengok cara kerja mereka. Takut jadi macam gambar ini, dekorasi yang ada ayat al-Quran dibiar atas tanah, atas lantai, dibuang macam itu. Kena ambil perhatian isu ini, sebab soal agama Islam,” tegas Azunie.


Dalam pada itu, ada seorang pengguna Twitter mendakwa terdapat seorang penghantar barang pernah menegur pemilik kedai tersebut kerana membiarkan perhiasan yang memaparkan ayat al-Quran dibiarkan di atas tanah, namun dimarahnya kembali.

“Ada rider (penghantar barang) tanya, pemilik kedai kata jangan sibuk,” dakwa individu itu.

“Kalau macam itu biar sahaja,, asal kan kita dah tegur, biar dia kena soal jawab kat sana (akhirat) nanti. Orang begitu kita tak akan menang,” ciap @sygloli. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 14-7-2023 12:39 PM
Jaman dulu2 tulis manuskrip dan salin ayat2 dari kitab suci tu rilek je kat batu, batang pokok

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.028934 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top