CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Beranak Cemas Rempuh Longgokan Guni Berisi Plastik Jatuh Dari Lori

14-7-2023 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 841| Komen: 6

Puluhan guni bahan mentah terjatuh dari sebuah lori di Kilometer 210.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) awal pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan lima beranak berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka merempuh longgokan guni berisi bahan plastik mentah berkenaan.



MPV Honda Odyssey dinaiki lima beranak melanggar guni berisi bahan plastik mentah yang terjatuh dari sebuah lori di KM210.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan I (KUP) Zainuddin Abdullah berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.59 pagi melalui talian MERS 999.

Katanya, sepasukan 24 anggota termasuk bantuan daripada BBP Alor Gajah telah dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah MPV jenis Honda Odyssey telah melanggar longgokan guni berisi bahan plastik mentah di lorong paling kanan.


“Kesemua penumpang iaitu pasangan suami isteri dan tiga anak mereka bagaimanapun terselamat dan tidak mempunyai sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua guni tersebut dipercayai telah terjatuh daripada sebuah lori yang membawanya sebelum dilanggar MPV yang gagal mengelak.

“Situasi berbahaya berjaya dikawal dan operasi mengalihkan bahan-bahan tersebut sedang dilakukan,” katanya.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azalia72 14-7-2023 12:13 PM
Nampak accident ni dari arah bertentangan pagi tadi. Mak oiih mmg panjang jemnya
Quote che-cikL 14-7-2023 12:34 PM
Bahan plastik mentah rupanya.

Nampak dalam IG Sinar.my tadi berderet org tanya apa bendanya tu, pastu ada bbrp org pulak jawab 'gula'! Memandai2 betul. Kalau tak tahu, senyap je lah... Tak yah jawab benda salah / palsu.
Quote kelapaparut 14-7-2023 12:36 PM
nmpk mcm bertebaran atas jln serupe bhn kimia toksik cancer, cube kalau udang lobster jatuh, berderu ummah serbu turun dr kereta segala panggil anak bini
Quote OshinDaSolja 14-7-2023 02:48 PM
eksiden klau bawa muatan makanan ke atau barang2 pengguna yg dh siap packaging ok lg... ni klau melibatkan bahan2 raw chemicals ni la yg kita takut... tambah2 yg ada toxic dan gas beracun tu...
Quote supernaturalee 14-7-2023 03:17 PM
kelapaparut replied at 14-7-2023 12:36 PM
nmpk mcm bertebaran atas jln serupe bhn kimia toksik cancer, cube kalau udang lobster jatuh, berderu ...

asal bukan babs


Quote divamaria 1-8-2023 07:43 PM
Are you ready to embark on an exciting journey of education and development? Potch Academy is waiting for you! Visit their official site and learn more about the courses and curriculum offered. Discover the world of opportunities available to you at the academy.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.041602 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top