CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makcik Simbah Asid Menangis Tiba Di Mahkamah

14-7-2023 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3118| Komen: 59

Wanita yang diiringi ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan menyimbah asid kepada suami isteri minggu lalu, kelihatan menangis teresak-esak ketika tiba di perkarangan mahkamah jam 9 pagi.


Semalam, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia 60-an akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.


Harian Metro

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan wanita berusia 60-an bersama suami yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, Gombak.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan pangsapuri terbabit.

Ia kemudiannya tular di media sosial, memaparkan seorang individu berdiri berhampiran mangsa, semasa menunggu lif sebelum bertindak menyimbah cecair dipercayai asid.


Mangsa dan suaminya warga Pakistan menerima rawatan di Hospital Selayang. Enam hari selepas kejadian, seorang wanita warga emas ditahan bagi membantu siasatan kes itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 14-7-2023 11:46 AM
maksudnya ni..yg tertuduh tu berusia 6othn lah ya,
dan pasangan yg kena simbah asid tu perempuan tu pun berusia 60thn juga..
ke pahaman aku salah ni...

tak sangka rupanya perempuan yg tertuduh..tgk dari video macam lelaki
Quote she 14-7-2023 11:47 AM
Set2 OG gaduh
Mana main sindir2 dalam status
Terus simbah asid bakar kedai

Quote noor2 14-7-2023 11:48 AM
Mengade la kau nk menangis bagai....
Quote midori888 14-7-2023 11:50 AM
dah tua pun masih busuk hati kat org smp sanggup simbah asid kat org...kalu air takper jugak, nie asid kot...
Quote Thunderclouds 14-7-2023 11:57 AM
Tua² pon bo............
Quote mamapea 14-7-2023 11:59 AM
masa buat jahat x fikir dulu...mintak maaf la...mmg takde rasa kesian pun...
Quote cikatilia 14-7-2023 12:01 PM
pandai plak makcik nangis
masa menyimbah elok aje gagah perkasa... rasain kau.. len kali pikir betoi2
Quote sara_thrash 14-7-2023 12:03 PM
ko nak menangis buat apa makcik? kalau ko yang buat sah2 la ko tau kesan & akibat nya kan. ke nangis sebab tak sangka kantoi la plak.
Quote diss69 14-7-2023 12:05 PM
Masa buat tu xfikir...asid tu.....kena tngkap baru nk nangis
Quote Cassieopeia 14-7-2023 12:05 PM
org tu cacat kekal makcik, so tak payah nk kesian sgt
Quote glump 14-7-2023 12:05 PM
just nak tau apa yg buat dia sampai sanggup nak simbah asid?
Quote kucingitam 14-7-2023 12:17 PM
tah2 makcik syok dgn laki pakistan..jeles plak pakistan tu pilih org lain..
Quote cik_ingeniare 14-7-2023 12:19 PM
Ya Allah.. patutnys tua tua ni dah aman duduk rumah dengan family.. kenapa agaknya sampai simbah simbah asid ni? motif? mangsa tu pun kalau tak silap sebelum kena simbah asid ni kedai dia terbakar kan?
Quote hareeeesah 14-7-2023 12:29 PM
Area iols pn ada pakistan ni mcm dijaga sorg acik ni. Pakistan ni bisnes acik tu support iols rasa..

maybe ni kes jealous sbb mangsa perempuan & suspek sebaya umur?
Quote Purplehaz 14-7-2023 12:57 PM
Makcik ni dia pun berniaga mkn juga ker?
Mesti dia jenis peniaga panas baran maki hamun org...selalu peniaga napelah pangai mcm tu..lagi tua lg hazab
Quote tumpanglalu74 14-7-2023 01:38 PM
Aku rase ni bukan kes zelez bisnez onglain laku tapi kes dia tergilekan laki akak yang jadik mangse tu.  Sebab tu la dia nak cacatkan akak tu.  Paku-pakis ni set2 mancong biasenye hensem..

Quote tikusmontok 14-7-2023 01:42 PM
glump replied at 14-7-2023 12:05 PM
just nak tau apa yg buat dia sampai sanggup nak simbah asid?

Saingan bisnes ni...nek tu tertekan, manatahan tgk org berderu masuk kedai saingan,kedai dia lalat jer masuk.

* Iols tak tulis 'rasa' ya acik decaji*
Quote anony-mous 14-7-2023 01:45 PM
Malu wei. Dah tua2 mcm tu klau masih ada ank, fikir la psal ank2
Quote tumpanglalu74 14-7-2023 01:58 PM

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.033721 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top