CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Segala Bil Surau Kampung Dia Yang Bayar," -Ustaz Kazim Elias Dedah Kebaikan Pelawak Asal Johor, Ramai Teka Jep Sepahtu

14-7-2023 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4964| Komen: 50

Tular video memaparkan ceramah disampaikan Ustaz Kazim Elias yang menceritakan semula kebaikan seorang pelawak yang berasal dari Johor.

Ustaz Kazim berkongsi semula kisah yang dikongsikan oleh seorang individu yang menceritakan kebaikan selebriti terbabit.


"Saya bersembang dengan orang Johor pagi tadi, dia cerita jiran dia ni ada kedai (restoran). Jiran dia ni suami isteri, anak kepada jiran dia ni pula (yang buka kedai makan ni) pelakon terkenal, pelawak terkenal.

Foto: IG

Ustaz Kazim berkata, individu tersebut menceritakan kebaikan yang dilakukan pelakon dan pelawak ini yang membiayai segala bil di masjid dan surau di kampungnya.

"Dia kata, ‘ustaz tahu tak pelakon dan pelawak anak diorang ni, bil masjid dan surau dalam kampung semua dia bayar.

"Mak ayah dia ni yang meniaga ni pula, anak mereka tak bagi meniaga dah, anak bagi duit tiap-tiap bulan tapi mak dia nak meniaga juga sebab ada pekerja.


"Kalau dia tutup diorang ni susah maka dia tetap buka kedai makan, bila orang datang beli tapi tak ada duit mereka bagi percuma.



Walaupun tak menyebut nama, Ustaz Kazim Elias menjelaskan selebriti tersebut merupakan seorang pelakon dan pelawak yang sudah berkecimpung selama 15 hingga 20 tahun dalam industri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa individu yang dimaksudkan itu adalah Jep Sepahtu. Ini kerana, ibu dan ayah Jep dipercayai mempunyai kedai makan seperti mana yang diceritakan Ustaz Kazim. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 14-7-2023 11:13 AM
alhamdulillah.. jika benar artis yang dimaksudkan..
Quote Themilo 14-7-2023 11:38 AM
lasagna replied at 14-7-2023 03:13 AM
alhamdulillah.. jika benar artis yang dimaksudkan..

Yup, rasanya memang Mak Jep ada buka kedai makan kat Kulai. Arwah kawan weols puji lontong kuah lodeh kedai tu, sedap katanyahhh..
Quote dudaberhias 14-7-2023 11:50 AM
Themilo replied at 14-7-2023 11:38 AM
Yup, rasanya memang Mak Jep ada buka kedai makan kat Kulai. Arwah kawan weols puji lontong kuah lod ...

ooo kira betul theyols la tu...

semoga murah rezeki la sebab banyak bersedekah...
dan harap2 ubah ler sikit perangai si jep yang suka merendah2 kan orang macam kawan2 dia kena tu...

ceramah ni shukri yahaya bagi bila? lama dah iols tak nampak shukri yahaya bagi ceramah...

Quote toet2meoww 14-7-2023 12:12 PM
"seorang pelakon dan pelawak yang sudah berkecimpung selama 15 hingga 20 tahun dalam industri."

Jep masuk raja lawak ikut pade google, tahun 2011. Kalau ikutkan baru lebih kurang 12 tahun. Ke, jep mmg dah masuk dalam industri sebelum tu lagi?
Quote aemon 14-7-2023 12:16 PM
famili berniaga kot.abg dia pon berniaga jgk.masa puasa haritu niaga kat rtc kulai.
Quote Burong_Hantuk 14-7-2023 12:46 PM
Buat kebaikan X payah kot nk canang 1 Malaysia
Quote vanillaninja 14-7-2023 12:49 PM
Burong_Hantuk replied at 14-7-2023 04:46 AM
Buat kebaikan X payah kot nk canang 1 Malaysia

Walaupun I tak minat pun Jep ni tapi yang canangkan kebaikan yang heols buat ni bukan heols sendiri. Orang lain kot?
Quote idril 14-7-2023 12:50 PM
Burong_Hantuk replied at 14-7-2023 12:46 PM
Buat kebaikan X payah kot nk canang 1 Malaysia

org lain yg canang, bukan tuan badan.
Quote nazurah 14-7-2023 01:02 PM
takde manusia yang sempurna... kita pandang ajelah kebaikan yang dia buat.
Quote lasagna 14-7-2023 01:06 PM
Themilo replied at 14-7-2023 11:38 AM
Yup, rasanya memang Mak Jep ada buka kedai makan kat Kulai. Arwah kawan weols puji lontong kuah lod ...

waa lontong ek? favourite iols gak tu..
slalunya org gini senyap2 jer nk sponsor nak bersedekah.. tapi ada plak yg reveal2, rse mcm alahaii xyh laa perbesarkan cite, sbb hint dia tu memudah utk org tau sapa.
Quote Afie13 14-7-2023 01:11 PM
toet2meoww replied at 14-7-2023 12:12 PM
"seorang pelakon dan pelawak yang sudah berkecimpung selama 15 hingga 20 tahun dalam industri."

Jep ...

Diaorg masuk raja lawak tahun 2009 n menang. Lepas tu masuk maharaja lawak tahun 2011 n menang jugak. Kiranya dah 14 tahun dalam industri n setahu i sebelum diaorg masuk raja lawak dulu diaorg pernah g uji bakat program AF4 kot tapi x terpilih. Masa tu lah jep kenal shuib n diaorg start berkawan sbb kerja tempat sama. Jep dgn mamat dah kawan lama drp sekolah n jep ajak mamat join diaorg g ujibakat raja lawak
Quote zuriey 14-7-2023 01:19 PM
Bukan surau ada peruntukan dari majlis agama ke utk bil2 air api ni..
Quote asamfish 14-7-2023 01:43 PM
lasagna replied at 14-7-2023 01:06 PM
waa lontong ek? favourite iols gak tu..
slalunya org gini senyap2 jer nk sponsor nak bersedekah..  ...

my sentiments exactly....org yg ikhlas bersedekah ni dorang tak suka canang2.....tak suka betul org2 keliling yang sibuk nak mencanang......

Quote babelina 14-7-2023 01:57 PM
dulu pn dgr Jep bantu Ebby Yus.. bantu Pak Ya..
ye la.. buat baik insyaAllah kebaikan akn dpt.. suka dgr mcm nie..
Quote sleepandream 14-7-2023 02:14 PM
semoga bertambah2 lagi rezeki pelawak itu...
Quote krustykrab 14-7-2023 02:17 PM
zuriey replied at 14-7-2023 01:19 PM
Bukan surau ada peruntukan dari majlis agama ke utk bil2 air api ni..

Takde kot...sb surau tmn iols pun bergantung pada ihsan jemaah.
Dulu ada la income tp sejak ( malas eh nk citer) nnt org tau pulak aku kt mana
Quote missHaidiD 14-7-2023 02:22 PM
Burong_Hantuk replied at 14-7-2023 12:46 PM
Buat kebaikan X payah kot nk canang 1 Malaysia

Dia tak canang.  Org lain yg canangkan
Quote ezacbee 14-7-2023 02:24 PM
Themilo replied at 14-7-2023 11:38 AM
Yup, rasanya memang Mak Jep ada buka kedai makan kat Kulai. Arwah kawan weols puji lontong kuah lod ...

Kat mana kedai mak jep tu. Boleh aku try lontong mak jep lak.

Susah aku nak jumpa kuah lontong yg sedap. Dulu ada kedai lontong kat kawasan perumahan aku tapi dah tutup. Kuah lontong dia memang sedap sekali dgn telur pindang.

.
Quote pocongkiutss 14-7-2023 02:25 PM
Burong_Hantuk replied at 14-7-2023 12:46 PM
Buat kebaikan X payah kot nk canang 1 Malaysia

Bila masa dia canang..org lain yg pi canang kebaikan dia..Baca ke idok ni

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.120050 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top