CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tunggu Masa Yonnyboii junior Nak Keluar, "Saya Harap Isteri Dapat Bersalin Secara Normal"

14-7-2023 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1687| Komen: 21

Yonnyboii dilihat masih membawa Nik Nazira Narriman menghadiri acara hiburan walaupun isterinya itu kini menunggu hari untuk melahirkan anak sulung mereka.

Yonny kata dia bimbang untuk meninggalkan isterinya bersendirian di rumah dan memilih membawanya bersama.


Foto: IG

"Usia kandungan isteri sekarang sudah sembilan bulan dan boleh dikata dia menunggu hari untuk bersalin. Jadi, kami kini dalam keadaan bersiap sedia saja menanti masanya bayi dilahirkan.

"Malah, segala persediaan seperti pakaian ibu, barangan keperluan bayi dan sebagainya untuk ke hospital sudah saya siapkan di dalam kereta. Sekiranya Nazira dah rasa sakit nak bersalin, kami akan terus ke hospital saja," katanya kepada Harian Metro.



Yonny berkata, selama isterinya dalam proses hamil, mereka berdua juga jarang keluar dan banyak menghabiskan masa di rumah.

Dia juga mengambil pendekatan memperlahankan karier seninya.

"Sejak isteri disahkan hamil, saya memang memperlahankan karier seni dan masa kami banyak duduk di rumah saja. Tapi, apabila isteri dah sarat hamil, doktor pun galakkan agar dia banyak berjalan bagi memudahkan proses kelahiran nanti.


"Kami sebenarnya tak keluar selalu dan hanya sekali-sekala saja apabila saya ada acara atau majlis hiburan yang perlu dihadiri. Lagipun, kalau asyik duduk di rumah pun akan bosan nanti. Sebab itu, ada masa sesuai kami tetap keluar juga," katanya.

Mengulas pula jantina anak, Yonny berkata dia dan isterinya bakal menimang cahaya mata sulung lelaki. Mereka juga sudah ada nama yang dipilih dan satu lagu istimewa untuk bayi pun dah siap dihasilkan.


"Doakan urusan kelahiran anak kami dipermudahkan dan berjalan lancar. Saya harap isteri juga dapat bersalin secara normal. Sekarang, saya sangat teruja untuk bergelar seorang ayah," katanya.

Yonny dan Nazira bernikah pada 20 November 2021 selepas sebulan mereka mengikat tali pertunangan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 14-7-2023 11:08 AM
Semoga di permudahkan...

Dedua herlok terletak...

Sorang mancung tang hidung... Sorang lagi mancung tang gigi...

Sekor2 rhoper macam gelandangan yang nak pergi minta nasi kat NGO...

Yang gambar 1st tu kalau theyols letak tin berkarat depan theyols mesti ada yang hulur seringgit dua dah...

Quote Binodino 14-7-2023 11:17 AM
Boleh tak jangan guna gambar 1st tu kalau post berkaitan mamat ni? Pilih la yang elok sikit.

Baidewei, nanti anak lahir jangan lupa cukur jambul anak tu. Kau pun cukur sekali rambut kau tu, yonny. Buat pesen yang herlok sikit.
Quote Suchi 14-7-2023 11:26 AM
Isteri dia pregnant pun skinny ja
Iols kalau tgk org skinny pregnant rasa cam kesian.
Terpikir mesti sakit perut memeri nampak segala urat hijau.
Kalau perut kecik tu ok lagi takla nampak seksa sgt tp kalau yg besau cam kembo dah mcm sakit busung plak.
Quote Lampuled 14-7-2023 11:36 AM
Jalan nk gi Cameron highland tu byk org asli jual pokok ayam emas.
Quote mamajawie 14-7-2023 11:36 AM
murung aku tgok gmbar ni..
Quote cik_ingeniare 14-7-2023 12:23 PM
moga dipermudahkan urusan bersalin. manis isteri dia ni.
Quote Adeakukesah11 14-7-2023 12:29 PM
Kebanyakkan retis suka buat statement mcm ni seolah2 mcm teruk sgt kalau czer. Asalkan anak ibu selamat sihat walafiat sudah lah
Quote bottompro 14-7-2023 12:41 PM
Yonni nnt jgn color rambut anak warna warni ye. Nnt jd mcm anak Lan solo
Quote codenamedream 14-7-2023 12:43 PM
Moga dipermudahkan urusan..
Moga baby ikut muka bini
Bini yonnie ni comel tapi bila dgn yonnie.. Dpt sikit kekepaman heols
Quote teen_angelJB 14-7-2023 01:01 PM
Tapi yoniiboy ni mmg xde pegang ape2 kad dibawah JKM kan..
Dia mmg sekolah kebangsaan kan dlu.. Bukan sekolah pendidikan khas kan
Quote imanjannah 14-7-2023 01:50 PM
klu berita pasal dia ni, mesti gmbr 1st yg letakkan, aduhaiii moga dpermudahkn urusan bersalin bininya.. klu kau rasa hidup kau sunyi.. tutup lah mata pegang lah hati
Quote SembangKari 14-7-2023 04:36 PM
Dey Yonni... da tak lama nak jadi bapak. Kasi la semenggah sket penampilan tu. sekurangnya jadi la cam Anak Sidek Ubai tu. Kira paling lekeh da option aku bagi tu tuk level hang.
Quote oggy 14-7-2023 04:54 PM
Adeakukesah11 replied at 14-7-2023 12:29 PM
Kebanyakkan retis suka buat statement mcm ni seolah2 mcm teruk sgt kalau czer. Asalkan anak ibu sela ...

Betul, doa je laa dipermudahkan dan selamat semuanya. Tapi mungkin laa kot dia risau bil tinggi kalau kena czer.
Quote QueenIsolde 14-7-2023 07:23 PM
Selamanya ada gamba first tu tiap kali kuar citer pasai yennaboi
Quote helicornia 14-7-2023 08:20 PM
Binodino replied at 14-7-2023 11:17 AM
Boleh tak jangan guna gambar 1st tu kalau post berkaitan mamat ni? Pilih la yang elok sikit.:shakehe ...

Iye dik non.trauma trus tengok gambar tu.klu mlm2 tengok bole mengigau



Quote helicornia 14-7-2023 08:22 PM
teen_angelJB replied at 14-7-2023 01:01 PM
Tapi yoniiboy ni mmg xde pegang ape2 kad dibawah JKM kan..
Dia mmg sekolah kebangsaan kan dlu.. Buka ...

Adoi sis
Quote Selubung 14-7-2023 08:36 PM
Tak nak ckp apa2 just nak ckp bini dia tu comel jee suka tgk bini dia
Quote heythere123 15-7-2023 01:40 PM
gambar first tu Yonny nampak macam badut IT

Quote Rogue98 15-7-2023 01:50 PM
Normal lah...kalau caesar nanti kena bayar beribu lah pulak.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.037595 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top