Penyanyi Cat Farish mendedahkan bibit percintaannya dengan Shikin Maembong usai bergelar suami kepada kakak pelakon Emma. Katanya, tindakannya membantu usahawan itu ketika menguruskan perniagaan menjadi asbab kepada percintaan mereka.
Kosmo Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 49, berkata Shikin mul ajatuh hati ketika melihat dirinya mengelap buah pisang yang hendak digunakan untuk bisnes. “Dia tengok saya lap pisang, dia dah jatuh cinta tengok saya. “Shikin kan berniaga, lepas itu pisang tu pula ada satu guni dan ada wap dan basah jadi saya lap lah. “Lepas itu Shikin dia jadi macam terharu tengok benda tu dan sekarang dah kahwin,” ujarnya pada majlis pernikahannya bersama Shikin dalam satu majlis di Asiana Grand Hall Setapak pada malam Khamis. Sementara itu, Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur’Ashikin Binti Ismail, 40, menjelaskan bahawa tindakan yang dilakukan Cat itu membuatkan dia mula jatuh cinta dan berasa sangat terharu dengan keikhlasan ditunjukkan komposer itu yang sudi untuk susah senang bersama terutama lagi dalam menguruskan perniagaan. “Biasanya kalau berkawan pun bila orang tengok kita berniaga pun macam, ‘Oh dia berniaga susah-susah, biar dia seorang saja’. “Tapi Cat ni lain, bila saya tengok dia lap pisang tu yang selalu pekerja yang akan buat, nampak yang dia sudi susah bersama-sama. Pada jam 9 malam Khamis Cat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM200 manakala Shikin menerima tiga dulang hantaran berbalas lima. Sementara itu Shikin berkata kepada mStar bahawa dia berhasrat untuk berbulan madu di tanah Suci kerana sudah memasang niat untuk berpimpin tangan dengan suami di hadapan Kaabah - CARI |
hareeeesah replied at 14-7-2023 11:02 AM
dh dia pn xde koje kan, dia tlg la… cuba kalau org tu ada koje office ke business lain.
aryyan replied at 14-7-2023 11:24 AM
hrp2 ni la jodoh depa till jannah.
sbb tgk ex miow yg 1st tu bahagia ngn family baru..
miow msti a ...
ADVERTISEMENT