Aww sweetnya Aliff Awang yang lebidikenali sebagai Opai memberi sejambak. Buga kepada isterinya, Fatin Afeefa khas bersempana ulang tahun aktres ini yang ke 29 tahun, semalam. Berdasarkan hantaran di Instagram Story (IGs), Opai menitipkan ucapan panjang yang penuh bermakna kepada Fatin. Meskipun ada beberapa ayat yang dikaburkan, namun ucapan tersebut jelas menunjukkan rasa kasih sayang Opai buat Fatin. “Pada hari istimewa ini, saya ingin mengambil peluang untuk menzahirkan kasih sayang saya paling buat isteri saya. Selamat hari lahir, isteriku yang cantik! “Saya nak awak tahu betapa bangga dan bersyukurnya saya mempunyai awak sebagai pasangan saya. Awak memberi saya kekuatan, rahmat, dan cinta tanpa syarat. “Terima kasih kerana menjadi wanita yang luar biasa. Kekuatan, kebaikan, dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi memberi inspirasi kepada saya setiap hari. Saya sangat bertuah kerana mempunyai awak sebagai isteri saya.
“Happy birthday sayang. Semoga hari ini menjadi permulaan tahun yang luar biasa yang dipenuhi dengan detik-detik yang tidak dapat dilupakan dan kegembiraan yang tidak terhingga. “I love you more dan words can express,” tulisnya lagi dalam hantaran IGs yang bagaimanapun telah dipadam. Sekadar info, Fatin dan Aliff Awang mendirikan rumah tangga pada 30 Disember 2022 dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh kedua belah pihak dan rakan terdekat sahaja. Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurnikan dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan, Ivy Hera Sophia, 8 tahun dan kemudiannya berpisah pada 30 Mei 2017. Sumber: Xtra |
dewi_rina replied at 14-7-2023 09:56 AM
Selagi ko ada duit dia ada lah lol, tunggu ko jadi driver grab ke food panda ke kan.. Tengok dia ada ...
rayna_raynes replied at 14-7-2023 06:07 AM
Dengan AdamShah miskin dulu pun dia nak, sungguhpun muka cam apek jual VCD. At least opai ni elok l ...
dewi_rina replied at 14-7-2023 02:18 PM
Dia kawin dgn adam tu pun sbb adam masa tu nama tengah naik sbb juvana kan.. sheols yg sendu masa ...
pocongkiutss replied at 14-7-2023 06:30 AM
Ha ah kan..rasa masa tu ada yg ckp sheols lesbo la bagai..tp gosip je kan
teen_angelJB replied at 14-7-2023 09:24 AM
Serabutnye bunga.. Mcm kebun..
Pot bunga pun x lawa.. Beli kat ninso je ke..
ADVERTISEMENT