Izara Aishah sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat gelagatnya ketika live di TikTok. Izara yang sedang gigih menjual koleksi pakaian terbaharunya kelihatan tenang melayan kerenah peminatnya.
Izara sempat menyakat peminatnya untuk membeli pakaiannya selepas memintanya berdiri kerana ingin melihatnya jubah yang dipakainya ketika itu. “Nak saya berdiri? Kena belilah. Jangan suruh-suruh sahaja. Bila dah suruh saya berdirilah kan, mana tadi nama tu meh saya tengok nanti dia beli ke tak. Mana yang suruh berdiri tadi? “Saya nak tengok nama, nanti tengok-tengok baju tak beli. Insya-Allah, nanti belilah saya dah berdiri ni,” katanya. Lebih mencuit hati, Izara sempat menyatakan dirinya sengaja membuat live waktu petang untuk melihat sambutan yang diterimanya ketika itu.
Malah, dia sempat berceloteh mengenai sambutan dari peminat sekiranya dia membuat live pada waktu pagi, petang atau malam. “Saja nak tengok orang-orang belah petang macam mana sebab lain-lain eh crowd petang, crowd malam. Lepas ni nak try pagi pula. Pagi selalunya mereka selalunya mesti moody sebab menyampah nak tengok muka bos. “Saya belum berani lagi nak live pagi-pagi, takut nanti bergaduh dengan followers. Mereka tu tengah bad mood tengok muka bos.
|
Terhibur melihat telatah spontannya yang bersahaja, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.
Lampuled replied at 13-7-2023 06:24 PM
Family ni mmg ladies gigih berniaga yer..
AmandaRollins replied at 14-7-2023 12:02 AM
Dia ni mcm mental je...kasar sgt bila buat live...dulu minat sgt kat dia..girl crush..tapi now sgt2 ...
ADVERTISEMENT